Home » » Lynas : Pembangkang Guna Hujah Putar Belit Bukan Hujah Fakta Ilmu Sains

Lynas : Pembangkang Guna Hujah Putar Belit Bukan Hujah Fakta Ilmu Sains

Tuke Tulih Admin pado Tuesday, June 19, 2012 | 5:34 PM

 
KUALA LUMPUR, 19 Jun- Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan menyifatkan Ahli Parlimen Baru, Tian Chua sebagai pakar belit, bukannya pakar dalam bidang nuklear kerana hujah-hujah yang diberikan pagi ini jauh melencong dan bersifat politik semata-mata.
"Beliau begitu beria-ria mengkritik perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) tanpa memikirkan bahawa mereka jugalah yang memboikot perjalanan jawatankuasa tersebut.
"Kebanyakan persoalan yang ditimbulkan berkenaan dengan 12 tahun insentif, itu juga kita telah tanya kepada pihak MITI. MITI telah memberitahu bahawa ini adalah perkara biasa, malah negara-negara lain juga cuba untuk mempengaruhi pelaburan bernilai tinggi sebegini dengan insentif sebegitu tinggi kepada syarikat-syarikat tersebut," ujarnya mengulas hujah YB Batu, Tian Chua di parlimen pagi tadi.
 
Tambahnya, insentif yang diberikan itu ialah sebagai permulaan, bukannya sebagai sasaran utama.
Jelas beliau lagi sasaran utama ialah apabila Lynas ini beroperasi di Malaysia, dan apabila mengeluarkan nadir bumi ini, kesan sampingannya itu begitu besar kepada syarikat yang mengeluarkan kereta, televisyen, semua barangan elektronik yang menggunakan teknologi hijau ini.
 
"Syarikat terbabit akan membuat pelaburan di negara ini…itu yang kita mahu, tapi untuk mendapatkan pelaburan syarikat-syarikat  itu, kita mahu nadir bumi ini dibuat di Malaysia, sebab itu kita ada satu cadangan dalam laporan kita iaitu kita minta MITI, apabila ada syarikat-syarikat yang telah wujud ini, kita minta mereka hadkan eksport nadir bumi ini ke luar negara supaya syarikat-syarikat yang ada di Malaysia ada aksess kepada nadir bumi itu," tambahnya.
Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat yang ditemui di luar Dewan menegaskan tahap radiasi projek Lynas memang rendah.
Bagaimanapun katanya, perkara-perkara lain termasuk jika berlaku kebocoran atau radiasi itu tersebar dalam air perlu diteliti kesannya pada hidupan laut.
"Itu saya tak berani nak sebut. Dari segi radiasi memang saya tahu sebab saya sendiri ukur. Yang lain-lain saya tak tahu biar pakar lain yang cakap.," ujarnya.
Beliau turut berpuashati dengan laporan oleh jawatankuasa berkenaan kerana mengutp masalah-masalah masyarkat sekitar.
"Memang betul, saya setuju. Tapi banyak lagi data-data perlu diberikan tumpuan untuk pastikan Lynas benar-benar selamat," tegas Dr Rosli.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger