KUALA LUMPUR 19 Jun – Pemuda UMNO Bahagian Subang akan melancarkan Ops Bendera di mana sebanyak 8000 ribu bendera UMNO dan Barisan Nasional akan dipasang di sekitar kawasan Parlimen Subang dalam masa yang terdekat ini.
Menurut Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang, Harrison Hassan, Ops Bendera ini merupakan salah satu inisiatif dari Pemuda Subang sebagai satu simbolik bagi memperlihatkan kesungguhan Pemuda UMNO Subang dalam mengembalikan semula pentadbiran negeri Selangor, khususnya Parlimen Subang kepada BN.
"Setakat ini lebih 3000 bendera sudah pun dinaikkan dan lima ribu bendera lagi sedang dipasang di sekitar Subang. Saya berharap Ops Bendera ini juga boleh menjadi satu pencetus semangat bagi pemuda-pemuda UMNO di Parlimen Subang untuk bekerja keras, bagi memastikan kemenangan UMNO dan BN di parlimen ini, agar bendera parti keramat UMNO dan BN terus berkibar di bumi Selangor selepas PRU 13 ini," jelas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.
Selain itu, Pemuda UMNO Subang turut menjalankan beberapa program kemasyarakatan yang tertumpu kepada usaha mendekati para belia di sekitar kawasan Parlimen Subang.
"Baru-baru ini kami mengadakan program penerangan, Ops Terang dengan kerjasama Pemuda UMNO Sungai Besar di Kota Damansara. Selain itu, kini secara berkala, kami adakan program santai-santai bersama pemuda dan saya lihat respon yang diberikan oleh para belia terhadap UMNO amat baik. InsyaAllah saya yakin, belia-beliau di kawasan Parlimen Subang tetap bersama UMNO dan BN kerana mereka sudah matang, terbuka dan rasional dalam membuat penilaian," ujarnya.
Di samping itu, jelas beliau lagi perjumpaan jentera-jentera BN di setiap PDM di Parlimen Subang sedang giat dijalankan yang mana melibatkan tiga PDM pada setiap hari.
"Di kawasan Subang, kami mempunyai 45 PDM dan setakat ini kami sudah mengadakan mesyuarat jentera melebihi separuh dari jumlah keseluruhan PDM. Dan mesyuarat atau perjumpaan jentera-jentera PDM ini akan terus dijalankan sehinggalah tibanya PRU 13 nanti," beritahu beliau.
Seterus Harrison memberitahu, Pemuda UMNO Subang juga sedang dalam perancangan untuk mengadakan kursus pidato bagi mencungkil bakat-bakat ahli Pemuda yang mempunyai bakat dalam berpidato.
"Kursus ini diharap dapat mencungkil bakat dalam usaha Pemuda Subang untuk melahirkan pemidato-pemidato yang berwibawa yang mampu berhujah secara fakta dalam usaha kita untuk menangkis serangan-serangan fitnah, atau isu-isu yang sengaja ditimbulkan oleh Pakatan Pembangkang yang bertujuan untuk menyemai rasa benci rakyat terhadap kerajaan," jelas beliau
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment