Home » » NGO Minta Kerajaan Kelantan Jawab Dakwaan Penyelewengan Urus Niaga Dinar

NGO Minta Kerajaan Kelantan Jawab Dakwaan Penyelewengan Urus Niaga Dinar

Tuke Tulih Admin pado Tuesday, June 19, 2012 | 5:37 PM

 
KOTA BAHARU, 19 Jun – Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak kerajaan Kelantan supaya menggantung urus niaga dinar dan dirham bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan sepenuhnya terhadap apa yang didakwa sebagai 'skandal mata wang syariah' di negeri itu.
Wakil NGO itu, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata kerajaan Kelantan juga perlu menjawab beberapa persoalan seperti yang dinyatakan dalam tiga laporan polis berhubung skandal itu.
Mereka meminta anggota exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa selaku Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan menjelaskan mengenai isu itu.
 
"Husam perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara yang berlaku dalam syarikat milik rakyat ini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Turut hadir pada sidang akhbar itu blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz, Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda) Mohd Zaidan Abdul Rahim dan Pengerusi Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar) Kamaruddin Mohd Kassim.
Isu itu timbul selepas tiga laporan polis dibuat terhadap apa yang didakwa berlaku salah laku membabitkan seorang daripada pegawai kanan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) iaitu sebuah syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Ketiga-tiga laporan polis itu dibuat oleh bekas Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad pada 31 Jan lepas, seorang pelabur Jepun Takao Kono pada 28 Mei dan seorang rakyat Perancis Mohamed Esfih pada 1 Jun.
Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan Supt Mohamed Zulmazi Che Daud berkata polis sedang menjalankan siasatan berhubung tiga laporan polis yang kesemuanya dibuat di Kuala Lumpur itu.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger