KUALA LUMPUR 12 Jun – Sesiapa sahaja akan dikaitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim temasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengalihkan tumpuan rakyat berhubung pendedahan akaun yang dimilikinya dianggarkan bernilai RM3 bilion.
Bekas Pembantu Khas Anwar, Rahimi Osman menyifatkan apa yang dilakukan oleh Anwar itu adalah perkara biasa dan sudah menjadi lumrah kepadanya untuk menimbulkan sesuatu keraguan bagi mengalihkan tumpuan ramai.
"Sudah menjadi perangai Anwar, dari dulu beliau akan melakukan apa sahaja termasuk mengaitkan orang lain dengan isu yang ditimbulkan, beliau akan bangkit isu lain membabitkan individu berkenaan dengan harapan dirinya terlepas perkara yang sedang hangat diperkatakan.
"Ini bukanlah pertama kali Anwar melakukan sebegini, apa sahaja cerita babitkan dirinya akan dikaitkan dengan orang lain, paling tidak beliau akan memfailkan saman terhadap pihak terbabit bagi memastikan perkara itu tidak terus diperkatakan kerana sudah menjadi kes mahkamah," katanya kepada UMNO-Online di sini.
Rahimi berkata, jika Anwar merasakan perkara yang didedahkan itu tidak benar, seharusnya beliau memberi penjelasan mengenai perkara itu bukannya mengaitkan orang lain seperti apa yang dilakukan ketika berceramah baru-baru ini.
"Pendedahan itu bukannya dibuat oleh orang politik, pegawai Bank Negara yang mendedahkannya mengapa pula beliau cuba mengaitkan dengan Tan Sri Muhyiddin, mengapa beliau tidak menjawab mengenai kekayaan Azmin yang dikatakan diperolehi ketika bertugas denganya semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.
"Itulah cara politik Anwar, mengalihkan tumpuan ramai dengan mengaitkan orang lain adalah sesuatu biasa kita dengar, apa yang pasti Anwar tidak menjawab apa jua pendedahan yang dibuat terhadap dirinya dan jawapan pasti darinya adalah itu semua adalah fitnah untuk memburuk-burukan namany," katanya.
Menurutnya, apa sahaja yang berlaku membabitkan pembangkang memang sukar untuk mendapat penjelasan sebenar, tapi yang pasti ada pihak lain yang akan menjadi mangsa untuk menutup apa yang berlaku.
Beliau berkata, bukan sahaja cerita mengenai Anwar, malah membabitkan Azmin juga tidak akan dijawab olehnya dan akan membiarkan perkara itu begitu sahaja dan terpulang kepada rakyat untuk membuat penilaian
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment