Ho ho ho.. kali ni aku nak kongsi sikit mengenai pendapatan aku dengan google adsense ni selepas aku dah kongsi pasal pendapatan ke 5 dari nuffnang. Aku tengok-tengok masa blogwalking, tak ramai yang guna google adsense untuk dapat duit secara online ni terutamanya blog wordpress. Ramai yang guna nuffnang dan juga buat duit dengan jomniaga . Kalau blog blogspot ni senang sikit sebab memang dah ada link ke kod adsense, cuma pilih je saiz mana nak guna, 2 ke 3 klik dah masuk kat blog.
Kalau dengan wordpress kena ambil kod dalam akaun google adsense, copy dan paste kat blog. Ini kali ke berapa aku nak bagitahu, aku tak pastilah, tapi untuk perhatian rakan-rakan blogger sekalian, adsense boleh di gunakan dalam blog berbahasa Melayu. Lepas dah ada akaun adsense dan masukkan kat blog, korang apply plak teknik-teknik mudah SEO lelaki sejati ni untuk memberi lebih kuasa pada blog korang.
Pendapatan ke 5 Google Adsense dan Cara tunaikan duit dari adsense guna Western Union
Bab-bab duit nih mesti ramai yang minat kan. Kali ni aku rajin skit nak kongsi pendapatan adsense aku nih dengan korang, harap2 korang boleg juga guna adsense ni sebagai salah satu punca pendapatan korang kat internet.
Ini penyata dalam akaun google adsense, fokus kat bulan berapa. Klik "Detail >>"...
Penyata macam ni akan keluar, Menunjukkan jenis pembayaran ( ini telah di set dalam akaun adsense ). Yang paling penting MTCN tu sebab tu aku terpaksa merahkan. Lepas tu klik "Statement of Earnings".
Di nasihatkan print Statement of Earning ni dan bawak pegi ke mana-mana bank yang ada Western Union ( aku ska guna Bank Rakyat, biasa dekat seksyen 23 Shah Alam ). Jangan lupa bawa fotostat ic depan belakang.
Silalah isi borang untuk terima duit dari Western Union dengan bangganya ( jangan tertukar dengan borang untuk hantar duit )
Teng teng...USD 110.44 telah di tukar ke ringgit jadilah RM364.19. Boleh tahan, tapi ini aku kumpul untuk 3 bulan ya, bukan sebulan.
Molek bbenarlah tu sebab aku memang kering ni sejak lepas raya, banyak belanja keluar beli baju raya dan duit minyak. Pendapatan Google Adsense ni telah mengumbirakan aku bulan nih dan beri aku motivasi untuk lebih aktif dalam tulis blog. Selain adsense, korang boleh cuba dapat duit gak dari jomniaga. Good luck!
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment