Home » » Aneh! Makhluk Ganjil Menyerupai Monyet Ditemui

Aneh! Makhluk Ganjil Menyerupai Monyet Ditemui

Tuke Tulih Admin pado Wednesday, August 15, 2012 | 9:48 PM

Seorang wanita telah menemui seekor haiwan yang agak ganjil dari segi bentuk fizikalnya. Haiwan yang dikatakan tidak pernah dijumpai ini, ditemui sedang asyik mencuri timun dari salah sebuah rumah di kawasan tersebut.
Sekali pandang mirip seperti kucing pula. Namun bentuk badan fizikalnya sangat besar. Haiwan ganjil dan pelik ini kemudiannya ditangkap seorang wanita dan dimasukkan ke dalam baldi sebelum diserahkan kepada polis. Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran mencuri timun dari flatnya. Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya.
Namun, polis tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut.
Wanita itu kemudian bertindak memerangkap haiwan tersebut dan membawa makhluk berkenaan yang berada di dalam baldi ke sebuah balai polis di kampung Gezhai, wilayah Henan, tengah China.
Dia juga meminta polis menahan haiwan itu.
 
Kelmarin, beberapa pakar masih melakukan pemeriksaan bagi mengetahui dengan lebih terperinci tentang spesies makhluk itu.
Makhluk itu kelihatan amat kurus sehingga tulang rusuknya dapat dilihat selain berkepala botak.
Terdapat dakwaan bahawa ia merupakan seekor monyet yang bermata besar.
Menurut wanita itu, dia pada mulanya menyangka haiwan itu seekor arnab.
Dia berkata, jiran-jirannya juga menyatakan mereka tidak pernah melihat haiwan tersebut sebelum ini.
"Makhluk tersebut berhenti makan timun apabila kami memberikan haiwan itu buah pic. Haiwan itu kini tidak mahu lagi makan makanan lain," katanya.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger