Johor Bahru: Bekas pemain kebangsaan Argentina, Pablo Aimar hampir pasti menyertai Johor Darul Takzim (DT) pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.Spekulasi itu semakin kuat selepas pemain tengah SL Benfica di Liga Primera, Portugal dilihat muncul di sebuah hotel terkemuka di sini yang turut disambut penyokong Harimau Selatan ketika majlis pelancaran majalah Harimau Selatan di Persada, Sabtu lalu.
Malah, ketika majlis pelancaran itu Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan akan ada kejutan yang bakal diumumkan tidak lama lagi.
BH Sukan difahamkan pemain yang pernah beraksi untuk Argentina pada aksi Piala Dunia Remaja 1997 di Johor sudah beberapa hari berada di Singapura dan berkunjung ke negeri ini bagi memenuhi jemputan Tunku Ismail, Sabtu lalu.
Pertemuan lebih sejam itu dikatakan berkisar mengenai negeri ini selain mengundang pemain yang berasal dari Rio Cuarto, Argentina itu untuk mengenali Johor lebih dekat pada masa akan datang.
Aimar tamat kontrak
Aimar bakal menamatkan kontrak bersama Benfica tahun depan selepas lima musim.
Pada 9 Disember lalu, BH Sukan melaporkan selepas mengikat Daniel Gonzales Guiza (Sepanyol) dan Simone Del Nero (Lazio), PBNJ mengorak langkah awal 'menempah' khidmat Aimar untuk saingan Liga M musim 2014.
Perbincangan awal membawa masuk pemain itu tampak positif selepas dia dikatakan agak berminat namun terpaksa menunggu kontraknya tamat awal 2014.
Aimar pernah membantu Argentina muncul juara Piala Dunia Remaja selepas menewaskan England 2-1 yang ketika itu turut dibarisi Michael Owen.
Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong Johor, Azlan Afandi Saufee Afandi yang turut menyambut kedatangan Aimar di hotel itu berkata, pihaknya menyambut baik jika pemain itu menyertai Johor DT musim depan.
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment