Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi menyiasat kemungkinan wujudnya sabotaj daripada petugas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) membabitkan penggunaan dakwat kekal.
Siasatan itu penting bagi mengenal pasti punca sebenar selepas dakwat kekal yang dicalitkan pada jari pengundi tidak mampu bertahan lama seperti dimaklumkan badan bebas itu sebelum ini.
Siasatan itu penting bagi mengenal pasti punca sebenar selepas dakwat kekal yang dicalitkan pada jari pengundi tidak mampu bertahan lama seperti dimaklumkan badan bebas itu sebelum ini.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pasukan siasatan yang dianggotai tiga ahli SPR diberi masa selama sebulan untuk menjalankan tanggungjawab mereka.
Siasat secara terperinci
"Petugas SPR ini ada macam-macam, kita tidak tahu niat mereka, jadi ia memerlukan kepada siasatan dalaman secara terperinci bagi mencari kebenaran terhadap perkara itu.
"Kita tidak tahu apakah dakwat ini tidak kekal lama kerana kualitinya ataupun kesilapan pegawai SPR ataupun ada unsur sabotaj, malah kami sendiri terkejut kerana perjanjian dengan pembekal ia mestilah kekal lama," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum lalu menjadi polemik apabila pembangkang tidak berpuas hati dengan penggunaannya dan mendakwa ia satu penipuan oleh badan bebas itu.
Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, berkata penubuhan pasukan siasatan dalaman itu adalah langkah tepat bagi mencari kebenaran terhadap penggunaan dakwat kekal yang tidak mampu bertahan.
Soal kewibawaan
Bagaimanapun katanya, isu dakwat kekal tidak boleh dijadikan alasan ataupun sandaran untuk tindak mengiktiraf keputusan pilihan raya umum lalu, sebaliknya penggunaan dakwat itu mampu meningkatkan lagi kebolehpercayaan perjalanan pilihan raya di negara ini.
"Ia adalah satu langkah wajar kerana ia membabitkan soal kewibawaan dan integriti badan bebas itu selaku pengendali pilihan raya. Malah ia sebahagian daripada cadangan dikemukakan MBM dengan menyentuh isu dakwat kekal membabitkan aspek kualiti serta ketahanannya," katanya.
Bagi bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim, berkata SPR kini sudah dijadikan 'kambing hitam' oleh pembangkang bagi menutup kelemahan mereka dan usaha dilakukan suruhanjaya itu bagi mencari kebenaran adalah langkah tepat.
"Petugas SPR ramai, kita tidak tahu arah sokongan mereka, semestinya siasatan terperinci perlu dibuat terutamanya membabitkan pihak yang membuat dan menerima tempahan dakwat kekal ini.
"Tidak mustahil ada yang mensabotaj penggunaan dakwat kekal bagi memburukkan imej SPR serta menimbulkan keraguan rakyat terhadap badan pengendali pilihan raya itu," katanya.
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment