Home » » Anwar Spring bukan Arab Spring

Anwar Spring bukan Arab Spring

Tuke Tulih Admin pado Tuesday, May 28, 2013 | 5:36 PM

Kuala Lumpur: Siri perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang untuk memburukkan kerajaan termasuk membantah keputusan PRU-13 hanya untuk menonjolkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia lebih sesuai digelar 'Anwar Spring' dan pembangkang tidak sepatutnya mengelirukan rakyat dengan mendakwa ia mewakili suara majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.
Katanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP mengakui dan terima kekalahan pada PRU-13 lalu, namun hanya Anwar yang tidak mahu menerima kenyataan sehingga menghasut rakyat mengadakan demonstrasi jalanan.


Sanggup hasut rakyat

"Cukuplah (berdemonstrasi), Barisan Nasional (BN) juga sedih kerana tidak mampu memperoleh kemenangan dua pertiga (Parlimen), namun ada yang lebih sedih kerana gagal membentuk kerajaan baru iaitu Anwar Ibrahim. Sebab itulah pelbagai cara yang dilakukan sehingga sanggup menghasut rakyat mengadakan perhimpunan.

"Malah, tujuan utama mereka mengadakan demonstrasi kerana sengaja mahu melakukan provokasi terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pada masa sama mendapatkan perhatian dari media asing, seolah-olah menunjukkan Malaysia sebuah negara huru-hara," katanya selepas mengadakan lawatan kerja di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), di sini, semalam.

Laku siasatan dengan adil
Mengulas kes kematian seorang tahanan, N Dharmendran, 32, dalam lokap Cawangan Jenayah Berat (D9), Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), 21 Mei lalu, Zahid meminta rakyat Malaysia memberi kepercayaan penuh kepada polis menyiasat.

Beliau menegaskan, siasatan akan dilakukan seadil-adilnya dan anggota yang terbabit menyebabkan kematian mangsa akan diambil tindakan sewajarnya.

"Jawatankuasa khas sudah diwujudkan bagi mengendalikan kes ini dan meminta semua pihak bersabar. Malah, bagi mengelak kejadian seperti ini berulang, kamera litar tertutup (CCTV) akan dipasang di lima lokap berpusat di seluruh negara.

"Sekiranya sebarang insiden berlaku, CCTV ini akan menjadi bukti utama," katanya.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger