Home » » P044 Permatang Pauh - Anwar Ibrahim bakal tewas

P044 Permatang Pauh - Anwar Ibrahim bakal tewas

Tuke Tulih Admin pado Sunday, April 21, 2013 | 5:37 PM

Seperti dijangka oleh ramai pihak bahawa Calon Barisan Nasional bagi kerusi P044 Permatang Pauh Dr Mazlan bakal memberikan ketakutan buat Anwar Ibrahim PKR. Kenapa Gomo cakap begitu? Nak tahu?

Dimaklumkan semalan oleh blogger Dr Novandra bahawa Anwar Ibrahim enggan bersalaman dengan Dr Mazlan calon BN. Muka Anwar Ibrahim juga dilihat kelat kelat suam apabila berhadapan dengan bekas  Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang itu. Atas desakan para penyokong Anwar Ibrahim untuk bersalaman dengan Dr Mazlan barulah Anwar Ibrahim menyambut salam dari Dr Mazlan.

Gomo sebenarnya sudah menjanggakan pekara besar akan berlaku di Permatang Pauh ini kerana sewakrtu Gomo menawarkan diri untuk bertanding di Permatang Pauh sudah ramai yang mensarankan Papa Gomo mengundur diri kerana faktor calon Dr Mazlan yang mampu menewaskan Anwar Ibrahim.

Hari demi ke hari ramai yang memaklumkan mengapa bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang itu boleh menang menentang Anwar Ibrahim. Antara faktor yang mengesahkan bahawa calon BN bakal menumpaskan Anwar Ibrahim adalah kerana keperibadian Dr Mazlan yang merupakan anak jati Permatang Pauh yang menentap dan tinggal disana serta keluarga besar Dr Mazlan yang penuh disetiap pelusok Permatang Pauh.




Antara lain adalah kerana masaalah jentera Anwar Ibrahim sendiri yang mana kekuatan jentera PKR sebenarnya tidak ada melainkan mengharapkan bantuan daripada jentera PAS. Jadi atas sebab Dr Mazlan yang merupakan bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dna juga pengalaman beliau yang sebelum ini memegang amanah selaku Pengarah Pilihanraya Pulau Pinang pada PRU 1999 - 2004 adalah tidak mustahil jentera sokongan PAS kepada Anwar Ibrahim akan LUMPUH sama sekali.

Daripada sokongan UMNO Bahagian pula, seluruh kepimpinan UMNO menyokong Dr Mazlan untuk bertanding bagi menewaskan Anwar Ibrahim dan terjemahannya ini dibuktikan dengan sokongan daripada seluruh ahli UMNO dan komponen lain yang hadir menyokong Dr Mazlan calon BN bagi kerusi P044 ini. Pendek kata dengan keadaan ini keadaan sudah pun 50/50 bagi kedua dua pihak.

Namun Gomo sedikit gusar dengan strategi Anwar Ibrahim yang mula menabur wang pada hari ini kepada setiap pengundi di Permatang Pauh. Gomo akan dedahkan esok mengenai tindakan Anwar Ibrahim yang membeli undi melebihi BR1M yang diberikan kerajaan kepada rakyat Malaysia.

Anwar Ibrahim tahu Dr Mazlan bukan calang calang, jadi atas sebab tersebut beliau terpaksa melakukan segala galanya bagi memastikan Dr Mazlan tewas pada PRU ini. Dan Gomo juga yakin Dr Mazlan pasti taraniaya dengan apa yang bakal dilakukan oleh Anwar Ibrahim kelak.

Apa sekalipun Anwar Ibrahim pasti akan terkubur di Permatang Pauh.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger