KUALA LUMPUR – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) semalam mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 18 peratus atau RM495 juta bagi tahun kewangan 2012 berbanding 20 peratus pada tahun sebelum.
Pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai sebanyak 16 peratus atau RM440 juta dan dividen bonus dalam bentuk syer sebanyak dua peratus yang berjumlah RM55 juta kepada 947,541 orang ahli.
Bank koperasi Islam terbesar di Malaysia itu turut merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.11 bilion bagi tempoh tersebut, naik 4.7 peratus atau RM94.9 juta berbanding tempoh yang sama sebelumnya.
Di samping itu, keuntungan bersih yang dicapai bank itu ialah sebanyak RM1.74 bilion
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment