Dubai: Selepas dikritik hebat kerana tidak menyenaraikan kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi dalam skuad kebangsaan, jurulatih Datuk K Rajagobal tampil dengan nada lembut - tiada keperluan untuk pemain itu berada dalam barisannya ketika ini.
"Orang mungkin tidak faham... bukan saya tidak mahu memanggilnya (Badhri), cuma pada masa ini tiada keperluan," kata pengendali berusia 57 tahun itu selepas mengendalikan latihan skuad Harimau Malaya di sini, semalam.
"Orang mungkin tidak faham... bukan saya tidak mahu memanggilnya (Badhri), cuma pada masa ini tiada keperluan," kata pengendali berusia 57 tahun itu selepas mengendalikan latihan skuad Harimau Malaya di sini, semalam.
Skuad kebangsaan berlepas ke Dubai, UAE, pagi Selasa lalu untuk aksi persahabatan menentang Iraq, hari ini dan seterusnya aksi sulung kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Qatar di Doha, 6 Februari ini.
Isu pemilihan pemain untuk skuad kebangsaan kembali hangat selepas Rajagobal yang mengumumkan senarai akhir 24 pemain, Isnin lalu, tidak menyenaraikan Mohd Badhri atau Piya walaupun ramai tonggak utama digugurkan kerana kecederaan.
Rajagobal bagaimanapun berkata, beliau akan menyenaraikan pemain tengah Kelantan itu pada masa depan.
"Saya tidak kata tidak akan memanggil untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan, cuma kita perlu ikut kesesuaian dalam pasukan.
"Saya tidak nafikan kemampuannya namun pemilihan ini membabitkan kepentingan pasukan dan bukan individu," katanya.
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment