Home » » Terjunan Baumgartner lebih laju

Terjunan Baumgartner lebih laju

Tuke Tulih Admin pado Wednesday, February 6, 2013 | 9:03 PM

VIENNA - Penerjun udara Austria, Felix Baumgartner (gambar kecil) yang terjun di pinggir angkasa lepas Oktober tahun lalu jatuh pada kelajuan 1.25 kali ganda lebih pantas daripada bunyi, kata pihak penganjur semalam.
 
Sebelum ini, kiraan awal mendapati kelajuannya hanya 1.24 kali ganda lebih pantas daripada bunyi.
Menurut analisis terakhir pasukan Baumgartner, Red Bull Stratos, lelaki berusia 43 tahun itu mencecah kelajuan 1,357.6 kilometer sejam atau Mach 1.25 dalam terjunam bebas itu.
Menurut Red Bull Stratos, Persekutuan Aeronautik Antarabangsa kini menimbang untuk mengesahkan terjunam tersebut sebagai mencatat rekod dunia.
 
Baumgartner terjun dari sebuah kapsul pada ketinggian 38,969.4 meter di langit negeri California, Amerika Syarikat pada 14 Oktober tahun lalu dengan aksinya ditonton oleh berjuta-juta orang di kaca televisyen dan internet

Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger