Home » » Ronaldinho mahu 'tawan hati' Scolari

Ronaldinho mahu 'tawan hati' Scolari

Tuke Tulih Admin pado Tuesday, February 5, 2013 | 9:11 PM

LONDON - Bintang Brazil, Ronaldinho bakal diturunkan pada aksi persahabatan antarabangsa menentang England di Stadium Wembley awal pagi esok.Ronaldinho yang kini menyarung jersi Atletico Mineiro kembali disenaraikan dalam skuad Brazil selepas diketepikan selama setahun oleh jurulatih Luiz Felipe Scolari.
 
Bekas bintang Barcelona yang akan berusia 34 tahun pada kempen Piala Dunia 2014 di tanah air sendiri itu mengakui penampilan di Stadium Wembley adalah peluang terakhir buat dirinya untuk memikat hati Scolari.
Ronaldinho pernah menjulang trofi Piala Dunia 2002 dan antara pemain terbaik sepanjang zaman.
Bagaimanapun, Ronaldin- ho perlu lebih bekerja keras untuk menyakinkan Scolari bahawa dia masih mampu memberi sumbangan dalam kalangan generasi baharu Brazil.
"Bagi saya, ia satu kepuasan untuk kembali bersama skuad tetapi ia juga menjadi satu cabaran yang besar selepas setahun diketepikan.
 
"Saya sangat gembira diberi peluang oleh Scolari dan hajat saya adalah untuk membuktikan bahawa saya masih mampu memenangi tempat dalam skuad Piala Dunia.
"Beraksi pada Piala Dunia di tempat sendiri adalah suatu impian besar kepada mana-mana pemain bola sepak dan ia juga sesuatu yang amat saya inginkan.
"Kami memiliki skuad yang menakjubkan, pemain hebat seperti Neymar dan saya memang berharap dapat menjadi sebahagian daripada skuad ini. Ia satu cabaran yang besar untuk diri saya," kata Ronaldinho.
Ronaldinho pernah beraksi bersama beberapa kelab terbaik dunia seperti Barcelona, Milan dan Paris Saint Germain.
 
Bagaimanapun, dia kembali ke Brazil untuk menyertai kelab Flamengo tahun lepas sebelum berhijrah ke Atletico Mineiro.
Dia telah menyumbang 33 gol sepanjang 94 penampilan antarabangsa, namun peluangnya beraksi kembali terbuka selepas media Brazil memujuk Scolari memberinya peluang terakhir

Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger