Home » » ‘Wanita Medan miliki pakej idaman ’

‘Wanita Medan miliki pakej idaman ’

Tuke Tulih Admin pado Saturday, January 5, 2013 | 9:53 PM

Kuala Lumpur Pakej dimiliki wanita Indonesia, terutama dari Medan, mencakupi senarai kriteria wanita idaman segelintir lelaki tempatan.Tidak hairan, ada lelaki Malaysia sanggup berulang-alik ke Indonesia semata-mata untuk mencari jodoh menepati ciri-ciri diingini daripada gadis seberang.

Pakar Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, perawakan wanita Medan yang manis, lemah-lembut dan bersopan-santun menyebabkan ramai lelaki tempatan tewas dengan 'X-factor' atau kelebihan itu.
"Biarpun lelaki tempatan sentiasa mengikuti peralihan zaman dengan hidup gaya moden dan boleh menerima hakikat bahawa pemikiran serta tingkah laku wanita kini berbeza, mereka masih berfantasi memiliki pasangan yang patuh dan tidak pernah berkata tidak kepadanya.

"Lelaki mempunyai senarai panjang mengenai wanita idaman. Mereka mahukan isteri setia melayan dan tidak pernah mempertikaikan setiap tindak-tanduk mereka.

"Ibaratnya, lelaki mahukan layanan gah seperti raja di rumah, kepuasan itu mungkin diperoleh daripada pasangan dalam kalangan wanita Medan yang masih menebal sikap hormat kepada suami," katanya mengulas isu berkaitan lelaki tempatan gemar mengahwini wanita Medan.
Beliau berkata, kelebihan berwajah ayu serta penerimaan keluarga wanita kerana percaya dengan kemampuan lelaki Malaysia menyara kehidupan keluarga membuatkan perkahwinan dua negara itu berjaya.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger