Suami bantu kerja rumah dapat hilangkan rasa bongkak
Berapa ramai isteri mengeluh kerana tidak mendapat bantuan dan kerjasama suami dalam menguruskan rumah tangga. Namun, suara mereka terpadam begitu saja kerana bimbang dengan tanggapan dan telahan negatif yang mungkin dilemparkan.
Berapa ramai isteri mengeluh kerana tidak mendapat bantuan dan kerjasama suami dalam menguruskan rumah tangga. Namun, suara mereka terpadam begitu saja kerana bimbang dengan tanggapan dan telahan negatif yang mungkin dilemparkan.
Sebenarnya tanggapan masyarakat masih terpancar pasif apabila melihat seorang suami membantu kerja isteri ketika di rumah. Pelbagai istilah diberikan kepada suami termasuk dayus dan takut bini.
Rasulullah SAW bersabda: "Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku. Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita, kecuali dia seorang yang mulia. Tidak ada yang menghina wanita, kecuali orang yang rendah pekertinya." (Riwayat Abu Daud)
Fenomena ini menyebabkan budaya menyerahkan kepada isteri untuk menguruskan rumah tangga menjadi subur dalam masyarakat hari ini.
Suami bantu isteri
Seorang suami baik tidak sanggup melihat isterinya bertungkus-lumus menyelesaikan kerja rumah seorang diri. Pastinya akan berdetik juga di hatinya membantu isteri dengan rasa penuh kasih sayang dan bukan menganggap isterinya sebagai orang gaji.
Suami seperti ini sebenarnya tidak memahami tugas dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Ingatlah, kepemimpinan kita akan dicontohi oleh anak. Bermakna, jika suami itu seorang yang pemalas dan tidak bertimbang rasa, dibimbangi akan diwarisi oleh anak.
Mungkin kepercayaan lama masih berlaku dalam masyarakat yang suami mesti menjadi ketua keluarga yang berkuasa penuh terhadap rumah dengan mempamerkan segala keegoan dan keangkuhannya.
Berlawanan dengan sifat itu, Rasulullah SAW amat menyukai suami yang berlaku baik terhadap isterinya. Rasulullah SAW bersabda: "Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku. Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita, kecuali dia seorang yang mulia. Tidak ada yang menghina wanita, kecuali orang yang rendah pekertinya." (Riwayat Abu Daud)
Bukan bebanan
Tidaklah wajar suami melihat bantuan yang dihulurkan sebagai suatu bebanan. Semestinya sifat ringan tulang itu dilakukan dengan penuh keikhlasan dan hati yang sentiasa berbunga. Suami kena banyak bersabar dengan kerenah isteri dan anak yang meminta pertolongan mereka.
Namun begitu, pihak isteri pula janganlah sengaja mengambil kesempatan daripada budi baik suami yang bertanggungjawab sebagai alat untuk menindas atau membebankan suami. Biarlah kerja yang dilakukan penuh keikhlasan membawa kegembiraan serta jalinan kasih sayang berpanjangan.
Suami yang menghayati nilai pahala pasti akan berusaha mengumpul seberapa banyak pahala di dunia untuk bekalan di akhirat nanti. Membantu isteri membuat kerja rumah juga mendapat pahala kerana mengikuti sunnah Rasulullah SAW.
Al-Tabari meriwayatkan daripada Aisyah, Baginda sering membantu isterinya memotong daging, menyapu rumah malah membantu khadamnya melaksanakan tugas serta tanggungjawab sewaktu berada di rumah.
Lakukan kerja rumah
Daripada Aswad, katanya, saya bertanya kepada Aisyah, apa yang dilakukan Nabi SAW dalam rumah tangganya. Beliau berkata: "Nabi SAW selalu mengerjakan urusan rumah tangga. Kalau masuk waktu solat, beliau pergi bersolat." (Riwayat Imam Bukhari)
Baginda Rasulullah SAW sentiasa mempamerkan keceriaan dalam menguruskan rumah tangganya untuk dicontohi dan sentiasa berlembut pada isteri-isteri Baginda.
Justeru, suami yang menjalankan kerja rumah tangga di samping isterinya membawa pengertian bahawa dia sudah melakukan beberapa kemaslahatan yang penting.
Pertama, dia mengambil Rasulullah SAW sebagai contoh dan teladan. Kedua, dengan berbuat demikian dia memberi sumbangan besar membantu keluarganya, dan ini dapat mengurangkan beban isterinya.
Ketiga, dengan berbuat demikian boleh menghilangkan rasa bongkak dan sombong serta takbur yang mungkin bersarang di lubuk hatinya.
Rasulullah SAW bersabda: "Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya" (Riwayat at-Tirmizi)
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment