Home » » Cara ambil pembantu rumah | Kos naik dari rm4511 ke rm6700

Cara ambil pembantu rumah | Kos naik dari rm4511 ke rm6700

Tuke Tulih Admin pado Saturday, January 5, 2013 | 9:49 PM

KUALA LUMPUR - Persatuan Majikan Amah Malaysia (Mama) membantah cadangan yuran baharu sebanyak RM6,700 yang akan dikenakan untuk mengambil pembantu rumah Indonesia kerana menyifatkan bayaran tersebut terlalu tinggi dan membebankan.Presidennya, Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein (gambar) berkata, kos yang diumumkan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) dianggap tidak relevan dan Mama percaya kos sebenar pengambilan adalah lebih rendah.
 
Sehubungan itu, pihaknya meminta Papa memberi penjelasan terperinci berhubung kadar baharu itu terutamanya penambahan sebanyak RM2,189 berbanding bayaran yang ditetapkan pada memorandum persefahaman Mei tahun lepas iaitu sebanyak RM4,511.
"Mama anggap ia (kos pengambilan pembantu rumah) terlalu tinggi dan membebankan sedangkan kos sebenar tidak sampai sebanyak itu.
 
"Kami sebagai majikan perlu tahu butiran bayaran tersebut satu persatu, mengapa ia terlalu tinggi daripada kadar sebelum ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger