MENGAPA perlu memiliki komputer riba sekiranya semua aplikasi yang diingini pengguna komputer riba boleh dinikmati melalui telefon pintar yang lebih kecil dan ringan?Apatah lagi kewujudan variasi telefon pintar menyaksikan peralatan tersebut menjadi kegilaan masyarakat masa kini, tidak kira usia dari peringkat kanak-kanak hinggalah kepada orang dewasa.Jadi, tidak hairanlah dalam keadaan pasaran yang sungguh besar, syarikat penjual telefon bimbit begitu ghairah menjual telefon pintar sehingga sanggup mengambil kesempatan terhadap permintaan tinggi pengguna.
Antara tarikan hebat yang digunakan peniaga adalah menjual telefon pintar pada harga yang jauh lebih rendah berbanding di kedai-kedai lain.Telefon yang dijual boleh diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu yang asli dan Authorized Product (AP).Tidak salah untuk pengguna membeli tetapi yang menjadi kesalahan adalah peniaga tidak jujur dengan menjual telefon yang tidak tulen tetapi didakwa sebagai asli.
Ini yang terjadi kepada seorang pengguna, Aiman Nasir, 21, ketika membeli sebuah telefon pintar jenama Sony Ericsson jenis Xperia di sebuah kedai telekomunikasi di Jalan Bukit Bintang di ibu negara.
Sebelum pembelian dibuat, penjual telefon itu beberapa kali memberikan jaminan bahawa telefon itu adalah asli dan bukannya jenis AP.
Aiman bersetuju membelinya secara tunai pada harga RM850.Bagaimanapun, selepas menggunakannya selama beberapa hari, dia membuat semakan di sebuah syarikat menjual telefon bimbit lain dan mendapati telefon yang baharu dibelinya itu adalah set AP.Dia yang berasa tertipu, pergi semula ke kedai tersebut dan meminta jurujual terbabit menukarkan semula set telefon bimbit itu kepada set asli daripada jenis sama, namun syarikat itu enggan memenuhi permintaannya.
Tidak berpuas hati, pelajar itu memfailkan aduan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Kuala Lumpur untuk menuntut ganti rugi daripada syarikat yang menjual telefon tersebut.
Presiden TTPM, Maznah Haron yang mendengar kes itu memerintahkan syarikat Excel Star Telecommunication Enterprise membayar semula RM850 kepada Aiman dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah itu dikeluarkan.
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment