ZURICH - Jurutera di Makmal Kecerdasan Buatan Universiti Zurich kini sedang mencipta robot yang berfungsi untuk membantu manusia melakukan tugas harian mereka.
Robot menyerupai kanak-kanak setinggi 1.2 meter digelar Roboy itu dikatakan dapat membantu pesakit atau warga emas dengan bertindak sebagai pembantu mekanikal.
Bagi membolehkan ia bergerak dengan lebih mudah, kumpulan terdiri daripada lebih 40 jurutera tersebut turut mencipta tendon tiruan (urat tebal yang menyambungkan otot dan tulang manusia) pada setiap bahagian 'otot' Roboy.
Ketua kumpulan itu, Profesor Rolf Pfeifer berkata, rancangan bercita-cita besar tersebut hanya boleh direalisasikan selepas ia mendapat tajaan 15 rakan kongsi yang telah menandatangani perjanjian untuk membiayai projek itu.
Roboy juga diharap dapat menjadi rangka tindakan bagi mencipta robot perkhidmatan untuk membantu manusia. - MailOnline

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment