KUALA LUMPUR 31 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB) membayar ganti rugi hampir RM43.9 juta kepada sebuah syarikat pembekalan peralatan dan komponen elektronik kerana melanggar perjanjian penyelesaian.Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop membuat keputusan tersebut pada 21 Disember lalu dan penghakiman bertulis beliau diperoleh pihak media hari ini.
Dalam keputusannya, mahkamah membenarkan tuntutan saman Juranas Sdn. Bhd. (Juranas) terhadap syarikat tersebut dan mengarahkan MRCB selaku defendan membayar ganti rugi sebanyak RM43,899,100 dengan faedah lima peratus.
Hakim tersebut turut mengarahkan defendan membayar kos sebanyak RM25,000.
MRCB bagaimanapun telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pada 28 Disember lalu setelah tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut.
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment