SHAH ALAM, 3 Julai –Pergerakan Pemuda UMNO negeri Selangor menyifatkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin sebagai manusia yang kebal kerana walaupun didesak untuk meletakkan jawatan, namun sehingga hari ini beliau masih kekal `berkuasa' sebagai Setiausaha Politik kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.
Ketuan Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata perkara ini perlu diketahui rakyat bahawa kerajaan negeri mempunyai kuasa memecat atau sebagainya jika seseorang individu itu mempunyai kes tertentu.
"Kalau kepala surat kerajaan negeri pun boleh sewenang-wenangnya ditandatangani oleh Setiausaha Politik, yang mana dia tahu bahawa syarikat itu adalah milik anak saudaranya, saya rasa kalau orang yang bermaruah beliau akan meletakkan jawatan.
"Dia akan meletakkan jawatan secara sukarela. Kalau dia orang yang tidak rasa apa-apa, kalau dia rasa semua perkara yang dia buat benar, dia tidak akan meletakkan jawatan," ujarnya mengulas laporan polis yang dibuat oleh Pemuda UMNO Selangor baru-baru ini berhubung salah laku yang dibuat Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Hussin.
Tambahnya, sebagai ahli individu yang bermaruah, kebiasaannya mereka akan meletakkan jawatan.
"Saya lihat ini satu fenomena baru dalam pakatan pembangkang yang mana kita boleh menandatangani surat sokongan kepada keluarga kita yang terdekat. Ini sebenarnya salah guna kuasa. Kita boleh menandatangani surat sokongan tetapi kepada syarikat yang tidak ada kepentingan kepada kita," ujarnya yang juga Pengerusi Pemuda BN Negeri Selangor.
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment