KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan tujuh rukun untuk dilaksanakan bagi menjamin UMNO dan Barisan Nasional (BN) kekal menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Menurut beliau, tujuh rukun berkenaan ialah patuh kepada pemimpin; mengatur strategi yang tepat; memahami peranan dan tanggungjawab yang hendak dilaksanakan secara bersungguh-sungguh; mengenali musuh dalam pilihan raya khususnya pembangkang; memperkukuhkan perpaduan di semua peringkat parti; memastikan dalam keadaan siap siaga untuk 'peperangan' pilihan raya dan berjuang habis-habisan hingga ke saat akhir.
"Tujuh rukun yang saya sebutkan tadi, nanti akan kita sebarkan supaya dapat diteliti di semua peringkat pemimpin dan anggota parti di seluruh negara untuk menentukan agar kita beroleh kejayaan.
"Kita mahu menentukan kubu-kubu kuat kita dipertahankan agar kawasan yang kalah dapat kita tebus kembali," katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment