Home » » Pilihanraya serentak di Kelantan

Pilihanraya serentak di Kelantan

Tuke Tulih Admin pado Sunday, November 11, 2012 | 9:36 PM

KOTA BHARU 9 Mac Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, kerajaan Pas Kelantan akan memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pilihan raya serentak apabila Dewan Rakyat dibubarkan kelak.
Katanya, beliau tidak kisah sekiranya DUN di negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor dibubarkan berasingan dengan pembubaran Parlimen.
 
"Itu dia punya pasal, bagi saya Kelantan, saya (akan pohon) membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bersekali dengan Pusat, katanya kepada pemberita selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa pemimpin tertinggi pakatan pembangkang akan membuat satu ketetapan pada Selasa ini sama ada untuk mengadakan pilihan raya serentak bagi negeri-negeri yang ditadbir mereka, jika pilihan raya umum diadakan nanti.
 
"Sebagaimana yang saya sebut sebelum ini, atas sifat peribadi, saya mahu pilihan raya (peringkat DUN) diadakan serentak dengan (pilihan raya) Parlimen, kerana banyak perkara yang tidak elok boleh berlaku jika diadakan secara berasingan, kata Nik Aziz. BERNAMA
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger