Home » » Panel royalti: Pusat terima nama wakil Kelantan dan Pahang

Panel royalti: Pusat terima nama wakil Kelantan dan Pahang

Tuke Tulih Admin pado Tuesday, November 20, 2012 | 4:44 PM

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan telah menerima calon-calon dari negeri Kelantan dan Pahang untuk menganggotai Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
   
Bagaimana pun, calon-calon dari negeri Terengganu masih dalam pertimbangan kerajaan negeri, demikian menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
   
"Mengikut laporan media, kerajaan negeri Kelantan telah membuat tuntutan sebanyak RM10.4 bilion daripada hasil petroleum dan gas yang dikeluarkan."
   
"Sehubungan ini, memandangkan Kelantan telah bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Khas ini dan telah pun menamakan calon untuk mewakilinya, maka adalah wajar segala isu dan tuntutan dikemukakan kepada Jawatankuasa Khas tersebut," kata kenyataan itu lagi.
   
Sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 Ogos lalu, Kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan satu Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
   
Jawatankuasa Khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad.
   
Ia akan dianggotai oleh pakar undang-undang antarabangsa dan tempatan dan wakil-wakil dari Kerajaan Negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang yang diperkenankan oleh Sultan negeri-negeri berkenaan.
   
Jawatankuasa itu dijangka menamatkan tugasnya dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya. - Bernama
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger