Home » » Muhyiddin: 'Anwar pengkhianat, dengki dan berniat jahat'

Muhyiddin: 'Anwar pengkhianat, dengki dan berniat jahat'

Tuke Tulih Admin pado Tuesday, November 27, 2012 | 9:40 PM

KUALA LUMPUR - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta campur tangan daripada negara luar untuk memantau Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai perbuatan khianat kepada negara. 
 
Menurut Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pembangkang hakikatnya dengki dan berniat jahat terhadap Barisan Nasional sehingga sanggup berbuat demikian demi menggambarkan pilihan raya di negara ini kotor. 
 
"Dia hendak berbohong kepada dunia kononnya pilihan raya kita kotor.
 
"Bagi kita, ini hanyalah taktik kotor orang yang bermimpi untuk menawan Putrajaya, awal-awal lagi mengatakan pilihan raya di negara kita tidak adil.
 
"Barangkali dia  pun sudah tahu bahawa pembangkang akan kalah dalam  pilihan raya nanti. Jadi, lebih baik dibuat propaganda awal bahawa pilihan raya negara kita tidak adil, supaya apabila mereka kalah dalam pilihan raya, senanglah untuk mereka  menuduh bahawa kita tidak berlaku adil kepada mereka,"katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian serentak ketiga-tiga sayap Umno di Perhimpunan Agung Umno kali ke-66, malam ini. 
 
 
Anwar baru-baru ini cuba mendapatkan bantuan daripada kerajaan Australia untuk memastikan pilihan raya umum di negara ini berjalan secara bebas dan adil di Malaysia.
 
Permintaan Ketua Umum PKR itu bagaimanapun ditolak Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr yang berkata, Australia  tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia.
 
Anwar dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.
 
Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.
 
Menurut Muhyiddin, tindakan pembangkang berbuat demikian hanyalah semata-mata untuk menghalalkan perbuatan mereka selepas itu jika kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini nanti. 
 
"Senang jugalah untuk mereka berhimpun di jalan-jalan raya  bagi menolak keputusan yang telah dibuat oleh rakyat.
 
"Kita fikir lebih baik Ketua Pembangkang menjemput wakil negara asing untuk memerhati pemilihan PKR. Kita hendak tengok apa komen pemerhati asing mengenai PKR. Bersihkah pemilihan PKR? Bebaskah pemilihan PKR? Adil kah pemilihan PKR? Demokratikkah PKR apabila Ketua Pembangkang mengangkat dirinya sendiri menjadi Ketua  Umum parti tanpa melalui proses pemilihan?,"kata Muhyiddin.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger