Home » » Skuad Kim Swee tanpa lapan tonggak

Skuad Kim Swee tanpa lapan tonggak

Tuke Tulih Admin pado Thursday, September 6, 2012 | 9:18 PM

Skuad B-22 negara bakal menghadapi perlawanan jemputan Piala SCTV menentang skuad B-22 Indonesia di Gelora Bung Karno, Jakarta, Ahad ini tanpa lapan tonggak utama.

Namun ia mahu dilihat dari sudut positif buat pengendalinya, Ong Kim Swee yang akan mencuba pemain baru dipanggilnya sama ada mampu menangani tekanan suasana perlawanan sebagai bayangan awal menjelang Sukan SEA 2013 di Myanmar.
Empat pemain - Fadhli Shas, Wan Zack Haikal Wan Nor, Gary Steven Robbat dan Zubir Azmi kini bersama skuad kebangsaan untuk aksi persahabatan antarabangsa menentang Vietnam di Stadium Shah Alam, 11 September ini, manakala empat lagi pemain - Rozaimi Abd Rahman, Fandi Othman, Azrif Nasrulhaq Badrul dan Ashri Chuchu kini mengalami kecederaan.

Tanpa lapan pemain utama, saya perlu positif untuk menilai pemain lain yang mampu menjadi pengganti jika ada kecederaan berlaku menjelang Sukan SEA tahun depan.

Jika mereka gagal beraksi baik di Gelora Bung Karno (Ahad ini), sukar untuk mereka main di Myanmar nanti. Saya jangka satu perlawanan sengit dengan skuad B-22 Indonesia nanti, kata Kim Swee ketika ditemui selepas aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan Brunei di Stadium UiTM, Shah Alam, petang kelmarin.

Skuad Harimau Muda meraih kemenangan 4-1 hasil jaringan A Thamil Arasu minit ke-8, Wan Zaharulnizam Zakaria (25), D Saarvindran (65) dan Ferris Danial Mat Nasir (78) manakala gol tunggal Brunei menerusi sepakan percuma Julremi Zaini (43).

Antara pemain luar Harimau Muda A yang diturunkan Kim Swee kelmarin ialah Nashriq Yahya dan Syawal Nordin (Harimau Muda B), Aminuddin Mohd Nor (PKNS), K Reuben (Tentera) dan Saiful Ridzwan Selamat (UiTM).
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger