Home » » Anwar mohon batal beberapa perenggan saman Nalla

Anwar mohon batal beberapa perenggan saman Nalla

Tuke Tulih Admin pado Thursday, September 6, 2012 | 9:20 PM

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan dikemukakan Presiden Parti India Malaysia, Datuk S Nallakaruppan dan dua pihak lagi.

Pernyataan pembelaan itu berhubung kes saman fitnah bagi menuntut ganti rugi RM100 juta difailkan Anwar terhadap Nallakaruppan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak.
Kes 4 Oktober

Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar, berkata pihaknya memfailkan permohonan itu kelmarin dan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan 4 Oktober depan untuk mendengarnya.

Pada 26 Mac lalu, Anwar memfailkan saman terhadap ketiga-tiga defendan kerana mendakwa Nallakaruppan mencemarkan nama baiknya melalui kenyataan disiarkan di muka depan Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac lalu.

Melalui writ saman dan pernyataan tuntutannya, Anwar berkata perkataan fitnah yang terkandung dalam artikel akhbar berkenaan adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat.

Sehubungan itu, Anwar menuntut ganti rugi am berjumlah RM100 juta, selain ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger