Adakah batal puasa seseorang sekiranya tertelan sisa makanan atau sesuatu yang dah ada dalam mulut?
Wajib sisa-sisa makanan itu diluahkan. Jika ditelan dengan sengaja, akan batal puasa. Jika tertelan tanpa sengaja, tidaklah batal puasa. Begitu juga, jika sisa itu amat sedikit di mana ia telah bercampur dengan air liur dan sukar untuk dipisahkan dari air liur, jika tertelan bersama air liur dimaafkan (yakni tidak batal puasa) sebagaimana menelan air liur itu sendiri tidak membatalkan puasa.
Itu adalah pandangan jumhur ulamak (termasuk mazhab Imam as-Syafi'ie). Adapun menurut Mazhab Hanafi; batal puasa jika sisa itu besarnya melebihi sebiji kacang putih. Jika kurang darinya, menelannya tidaklah membatalkan puasa sekalipun dengan sengaja, namun makruh hukumnya.
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. Rahmatul-Ummah, Syeikh Abi 'Abdillah as-Syafi'ie, hlm. 92,
2. Fiqh al-Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 436.
2. Fiqh al-Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 436.
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment