Home » » Keputusan Kes Liwat II, Bukti Anwar Tidak Layak Jadi Ketua Pembangkang

Keputusan Kes Liwat II, Bukti Anwar Tidak Layak Jadi Ketua Pembangkang

Tuke Tulih Admin pado Wednesday, July 4, 2012 | 5:31 PM

SHAH ALAM, 4 Julai – Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Zulkifli Noordin hari ini mengulangi pendiriannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi ketua pembangkang dan ahli parlimen.
Menurutnya, walaupun Anwar bebas dari segi undang-undang di dalam kes dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, tetapi dari segi moral jelas beliau tidak layak menjadi Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen.
"Dia (Anwar) sepatutnya letak jawatan kerana jelas dari penghakiman bahawa liwat berlaku, cuma Anwar bernasib baik dengan sistem keadilan jenayah Malaysia meletakkan beban bukti terlalu tinggi kepada pendakwaraya iaitu melampaui keraguan menasabah.
"Anwar patut berterima kasih kepada sistem yang kita amalkan yang membebaskan dia atas 'kekhilafan teknikal'", kata Zulkifli yang juga ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu itu lapor laman web antarapos.com
 
 
Menurut bekas 'orang kanan' ketua umum PKR itu dan peguam yang pernah mewakili Anwar dalam kes liwat I, penghakiman ini sama seperti penghakiman Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar dalam kes liwat pertamanya di mana mahkamah menyimpulkan 'mahkamah percaya liwat berlaku tetapi tidak selamat untuk sabit kesalahan kerana teknikaliti'.
"Apa pun saya mendesak Peguam Negara supaya membuat rayuan segera," katanya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam alasan penghakiman penuh kes liwat melibatkan Anwar dan Mohd Saiful, menyatakan bahawa ada keterangan berlakunya penetrasi dubur bekas pembantu peribadi ketua pembangkang itu.
Ia berikutan keterangan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memberi pandangan berlakunya penetrasi tersebut berdasarkan rumusan pakar kimia, Dr Seah Lay Hong yang menjumpai sampel-sampel diambil daripada dubur Mohd Saiful Bukhari mengandungi sperma 'Lelaki Y'.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bagaimanapun berkata, disebabkan tiada bukti sokongan, adalah tidak selamat untuk mahkamah mensabitkan ahli parlimen Permatang Pauh itu dengan tuduhan liwat memandangkan integriti sampel yang diambil telah tergugat sebelum dihantar untuk analisis kimia.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger