KUALA LUMPUR 15 Ogos – Pas disaran memberikan penjelasan atau sekurang-kurangnya menjawab dengan hati yang penuh ikhlas berhubung kenyataan bekas Timbalan Presidennya, Ustaz Nasharudin Mat Isa mengenai penolakan secara konsisten DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh terhadap cita-cita menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.
Malah saranan daripada Ustaz Nasharudin agar Pas keluar segera daripada pakatan pembangkang perlu diperhalusi dengan mendalam kerana hari ini rata-rata umum menyebut bagaimana Pas seolah-olah terkulai dengan perjuangan Islamnya.
Mengulas mengenai perkara itu aktivis UMNO, Datuk Ustaz Zainal Abidin Sakom berkata apa yang diperkatakan oleh Ust Nasharudin itu ada asas dan sesuatu yang cukup konkrit kerana hari ini perjuangan yang dibawa oleh Pas seolah-olah tidak diterima dengan baik oleh sekutu mereka.
Menurut beliau apa yang diperjuangkan oleh Pas dilihat seolah-olah tidak dihargai malah lebih menyedihkan ianya seakan-akan tidak diiktiraf oleh sekutu mereka apabila perkara berkenaan tidak ada di dalam buku jingga yang menjadi 'buku ajaib' rasmi pakatan pembangkang.
"Ustaz Nasharudin komited dalam perjuangan Pas… Jadi atas dasar itu apa yang diperkatakan Ustaz Nasharudin ada kewajarannya…..Kalau ikut bahasa mudah janganlah hidung tak mancung pipi pula tersorong-sorong. Dan kalau ada prinsip pula, dah orang tak nak terima apa yang diperjuangkan sepatutnya keluar dan bukannya terus duduk dalam pakatan pembangkang lagi.
"Kita berharap pandangan ikhlas daripada bekas orang nombor dua dalam Pas sebelum ini dapat membuka pintu hati pemimpin Pas untuk memikirkan dan seterusnya membuat penilain terbaik. Bukannya apa….Orang dah nampak perkara ini apatah lagi kenyataan itu adalah daripada bekas Timbalan Presiden Pas sendiri," katanya.
Ustaz Zainal seterusnya menimbulkan persoalan apakah nasib yang menimpa Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali akan turut menimpa Ustaz Nasharudin.
Katanya tidak mustahil perkara berkenaan akan berlaku gara-gara Pas hari ini seolah-olah mengutamakan kuasa dan bukannya lagi sebuah parti yang berdiri atas prinsipnya sendiri.
"Apa pun terpulanglah kepada barisan kepimpinan Pas khususnya barisan panglima mereka…kalau ada maruah dan berprinsip bolehlah renung-renungkan apa diperkatakan oleh Ustaz Nasharudin itu," katanya
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment