Home » » Rakan Baik Nalla Terima Surat Ugutan, Peluru

Rakan Baik Nalla Terima Surat Ugutan, Peluru

Tuke Tulih Admin pado Sunday, July 1, 2012 | 9:23 PM

KUALA LUMPUR – Seorang rakan baik Senator Datuk S Nallakaruppan menerima surat ugutan untuk mengancamnya petang kelmarin.
Turut dimuatkan dalam sampul surat berkenaan adalah sebutir peluru.
Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam), U Thamotharan berkata, ugutan itu diterima menerusi sepucuk surat pada jam 2.30 petang di pejabatnya di Sri Gombak.
Beliau berkata, nota ugutan itu bertulis 'Hei you jangan lagak pandai kali ini dalam sampul, lain kali masuk badan, jangan ikut dia (S Nallakaruppan)'.
Thamotharan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, semalam dengan ditemani Nallakaruppan.
 
Thamotharan menunjukkan nota ugutan dan peluru.
Thamotharan berkata, kejadian itu tidak melunturkan semangatnya untuk terus berada di belakang Nallakaruppan.
Pada 5 April lalu, Thamotharan mengalami detik cemas apabila beliau bersama pemandu dan pengawal peribadinya diserang tiga lelaki bersenjatakan parang dan kapak di Taman Sri Gombak.
Cermin keretanya jenis BMW 530 dipecahkan oleh tiga lelaki tidak dikenali pada 3 petang ketika beliau mahu keluar dari rumah, namun mereka sempat menyelamatkan diri.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger