Home » » Panas: Umi Hafilda Pula Dedah Salinan Dokumen Aset Bernilai 'RM30 Juta' Milik Azmin Dan Isteri !!

Panas: Umi Hafilda Pula Dedah Salinan Dokumen Aset Bernilai 'RM30 Juta' Milik Azmin Dan Isteri !!

Tuke Tulih Admin pado Saturday, June 2, 2012 | 9:04 PM

 
Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali buat pertama kali mendedahkan salinan dokumen sebahagian aset yang dimiliki oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali serta isterinya, Shamsidar Taharin yang bernilai lebih RM30 juta. Dokumen berkenaan iaitu salinan pembelian syer, deposit bank, resit pembayaran perabot serta salinan penyata dalam beberapa akaun bank itu merupakan sebahagian harta yang dimiliki Azmin dan Shamsidar dalam tempoh dua tahun iaitu 1992 hingga 1994. Ummi Hafilda memberi tempoh dua minggu kepada Azmin dan Shamsidar untuk membuat laporan polis terhadapnya sekiranya dokumen itu palsu atau beliau sendiri akan menyerahkan dokumen tersebut kepada polis selepas tempoh tersebut. Kata Ummi Hafilda, beliau juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memandang serius kes tersebut kerana aset itu diperoleh Azmin dan Shamsidar semasa Anwar Ibrahim jadi Menteri Kewangan
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger