Semalam, ketika demo hapuskan TOL yang disambut bagai pesta meraikan kemenangan pakatan rakyat dalam PRU13,berlangsung di tol batu3, beberapa perkara mencuit perasaan.
Ada yang berdiri di pembahagi hadapan tol, ada yang berbaring di atas jalan dan berbagai perkara lagi, manakan dapat gelagat ini dikawal, rasanya ia masih ok selagi tidak mengancam keselamatan orang awam, seperti yang sering dilakukan puak-puak umno.
Dalam masa 5 minit semalam, lebih kurang 30 pemandu kereta bertuah telah menikmati perjalanan tanpa TOL di plaza tol batu 3, mungkin lepas peristiwa itu hingga kini cerita dari mulut mereka tentang perjalanan percuma itu masih bermain lagi. mereka pasti sangat gembira.
Kegembiraan 30 pemandu itu adalah permulaan kegembiraan lebih ramai lagi rakyat selepas ini yang Insyallah akan dapat melalui plaza tol berkenaan dengan percuma.
Kenapa perlu sekali plaza tol tersebut ditutup segera?,
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, lebih 25 tahun rakyat Selangor dan Lembah Klang dibebankan dengan bayaran di kedua plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.
Kos perjalanan pergi balik Shah Alam-Kuala Lumpur bagi kedua-dua tol itu berjumlah RM 4.20, yang membebankan kira-kira 120,000 pengguna kenderaan setiap hari.
"Sedangkan kos pembinaannya berjumlah RM357 juta. Telah 25 tahun syarikat konsesi membuat kutipan. Saya rasa sudah cukup lama. Kedua tol ini mesti dimansuhkan," tegas beliau.
Selain dari kutipan tol selama 25 tahun yang membebankan kocek rakyat, salah satu perkara yang perlu ditempuh pengguna di laluan tersebut sudah pastinya kesesakan lalulintas sebelum tol tersebut.
ini membuang masa rakyat yang rata-rata keletihan dan mahu pulang segera. jadi kalau rakyat diutamakan, jangan la buang masa rakyat atas jalanraya sebab beratur nak bayar tol.
Hah berkenaan 5 minit plaza tol dibuka tu, 30 pemandu kenderaan jalan tanpa perlu bayar tol, itu taklah jadi topik utama, sebab ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar telah berhubung dengan pihak tol untuk membayar ganti rugi yang ditanggung plaza tol berkenaan.
Hah, apa berkira sangat plaza tol tersebut, dah untung banyak masih tak boleh ke lupus "kerugian" RM33 ringgit tu.... sangat berkira la. puiiii. kedekut, abis duit rakyat kene tarah.
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment