Home » » Keputusan Lakukan Ibadah Haji Terletak Atas Pilihan Sendiri – Muhyiddin

Keputusan Lakukan Ibadah Haji Terletak Atas Pilihan Sendiri – Muhyiddin

Tuke Tulih Admin pado Thursday, June 14, 2012 | 5:37 PM

 
KUALA LUMPUR, 14 Jun -  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata umat Islam, khususnya anggota Pas, yang berkemampuan untuk menunaikan ibadah haji tahun ini, tidak perlu mengambil kira bila pilihan raya umum ke-13 akan diadakan.
Beliau berkata Rukun Islam kelima itu adalah kewajipan yang ditentukan ke atas umat Islam yang berkemampuan dan mereka yang berpeluang untuk menunaikan ibadah itu akan pergi sekiranya mereka tidak mengutamakan kepentingan politik daripada tuntutan agama.
"Pertimbangan untuk membuat pilihan pergi haji atau tidak terletak pada pilihan individu itu sendiri, bukan pertimbangan Mursyidul Am Pas, anggota Pas, saya atau Perdana Menteri.
 
"Adalah tidak wajar kalau sampai giliran, seperti mengikut Tabung Haji, tetapi hanya kerana pilihan raya yang mereka sendiri tidak tahu bila tapi hanya dengar cakap Nik Aziz (Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) supaya jangan pergi, jadi dia tak pergi…mana yang lebih afdal," katanya kepada pemberita selepas majlis "Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri" di sini, Khamis.
 
Muhyiddin mengulas mengenai permintaan Pas menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberi jaminan supaya pilihan raya umum ke-13 akan datang, tidak akan diadakan ketika musim haji tahun ini.
Muhyiddin berkata keputusan tarikh pilihan raya terletak atas pertimbangan dan kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mesti mengambil kira kepentingan rakyat dan negara.
 
"Perdana Menteri perlu mengambil kira semua perkara dan situasi yang memenuhi soal kekuatan kerajaan, soal sokongan rakyat dan faktor-faktor lain," katanya.
Justeru itu, beliau sekali lagi mengulangi kenyataannya supaya umat Islam membuat pertimbangan sendiri mengenai kewajipan mereka menunaikan haji tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.
Mengulas mengenai dakwaan bahawa pembangkang mampu menguasai lebih 100 kerusi Parlimen pada pilihan raya akan datang, Muhyiddin berkata pembangkang sengaja mencetuskan 'perang saraf' untuk mempengaruhi rakyat.
Muhyiddin, yang juga Pengarah Pilihan Raya Umum ke-13 BN berkata setiap parti politik mempunyai strategi tersendiri untuk memdapatkan sokongan rakyat.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger