Home » » Anwar Dicabar Gesa Kerajaan Tubuh Suruhanjaya Siasatan DiRaja

Anwar Dicabar Gesa Kerajaan Tubuh Suruhanjaya Siasatan DiRaja

Tuke Tulih Admin pado Thursday, June 14, 2012 | 5:34 PM

 
 
KUALA LUMPUR, 14 Jun – Umumnya, tindakan saman dan pakatan pembangkang seperti tidak dapat dipisahkan. Ini kerana, sekiranya timbul sebarang isu yang tidak menyebelahi mereka, maka sudah pasti tindakan sedemikian akan diambil.
Namun apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus berdiam diri dan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pendedahan yang dibuat oleh Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berkenaan dakwaan pemilikin 20 akaun induk bernilai RM3 bilion milik Anwar, ianya mula menjadi satu tanda tanya di kalangan rakyat.
 
Menurut Mursyidul Am Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) Zahid Md Arip, terdapat tiga cara untuk Anwar menafikan sekaligus membersihkan namanya iaitu saman Datuk Murad, buka pintu seluas-luasnya untuk Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara ini dan mencabar Kerajaan Malaysia untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja.
Spekulasi mula timbul adakah perkara ini benar kerana Anwar seakan tidak berani mengambil tindakan saman untuk menafikan pendedahan ini.
Persoalan demi persoalan mula kedengaran dari mana Ahli Parlimen Permatang Pauh ini mempunyai wang sebanyak itu. Sekiranya disemak latar belakang Anwar, dia bukanlah seorang ahli perniagaan yang mampu memiliki jumlah wang sebanyak itu. Lebih musykil, perkara ini terjadi ketika Anwar menjawat jawatan Timbalan Perana Menteri.
 
"Sekiranya Anwar tidak berani melakukan salah satu dari hal ini, maka terbuktilah Anwar seorang pengecut. Sekaligus membuktikan bahawa Datuk Murad bercakap benar. Saya sendiri menggesa Anwar Ibrahim agar mendesak Kerajaan Malaysia menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja.
"Melalui cara ini, ianya akan membersihkan nama Anwar Ibrahim. Sekarangkan dah dekat Pilihan Raya Umum (PRU). Jadi ambillah peluang ini untuk menidakkan dakwaan Datuk Murad. Kenapa dia nak terus berdiam diri dan tak ambil tindakan. Rakyat ternanti-nanti penafiannya. Bukan penafian melalui ceramah dan cakap kosong, tetapi melalui tindakan yang akan menyokong penafiannya itu," ujarnya kepada UMNO-Online.
Jelasnya lagi, dakwaan yang dibuat oleh Datuk Murad ini bukanlah satu perkara yang remeh. Ianya melibatkan maruah Anwar dan juga Bank Negara sendiri. Amat pelik apabila perkara besar sebegini yang mencalarkan lagi imej Anwar hanya dibiarkan tanpa sebarang tindakan dari tuan punya badan.
Sekiranya Anwar benar-benar mahu pentadbiran yang telus dan adil, dia harus berani mendedahkan perkara ini untuk disiasat
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger