Home » » 84 Pengundi Punyai Nombor Kad Pengenalan Lama Sama Adalah Individu Berbeza – SPR

84 Pengundi Punyai Nombor Kad Pengenalan Lama Sama Adalah Individu Berbeza – SPR

Tuke Tulih Admin pado Monday, June 18, 2012 | 4:00 AM

 

PUTRAJAYA, 18 Jun – Semakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu 84 pengundi mempunyai nombor kad pengenalan lama sama, mengesahkan pengundi berkenaan adalah individu berbeza berdasarkan nombor kad pengenalan 12 digit mereka.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata semakan dibuat menerusi Sistem Perkongsian Maklumat Antara Agensi (ALIS) serta rujukan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Memang didapati ada berlaku nombor kad pengenalan lama sama, ia kemungkinan berlaku semasa proses memasukkan data dulu yang dibuat secara manual. Pada masa itu belum ada sistem canggih seperti sekarang.
"Tetapi selepas semakan dibuat, mereka yang dimaksudkan itu adalah orang yang berlainan kerana nombor kad pengenalan 12 digit mereka adalah berbeza…mereka tetap tidak boleh mengundi dua kali sebab ada dakwat kekal," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu yang dibangkitkan akhbar Harakah baru-baru ini mengenai 84 pengundi mempunyai nombor kad pengenalan lama yang sama.
Berhubung isu simbol bagi calon Bebas yang diubah SPR pula, Abdul Aziz berkata selaras dengan perkembangan semasa SPR telah meneliti semula simbol-simbol itu dan mendapati ada beberapa simbol perlu digugurkan atau diganti dengan yang baharu.
Misalnya, katanya simbol gunting ditukar kepada pen kerana SPR berpendapat ia tidak sesuai kerana boleh menjadi senjata manakala simbol kepala harimau ditukar dengan kucing, kerana harimau binatang yang ganas.
"Payung pula ditukar dengan baju hujan kerana payung digunakan orang ramai semasa hujan dan panas, nanti ia boleh menjadi satu taktik untuk berkempen dan akan dibawa ke kawasan larangan semasa pilihan raya," katanya.
Beliau berkata SPR mempunyai hak untuk menentukan simbol bersesuaian dan kini terdapat 30 simbol telah ditetapkan, antaranya kunci, meja, rumah, ikan, perahu, kapal terbang, jam dan arnab.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger