Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, memohon cuti rehat daripada menjalankan tugas sebagai menteri selama tiga minggu mulai esok.
Shahrizat berkata, beliau sudah mengemukakan permohonan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Dalam satu kenyataan dua perenggan sebentar tadi, Shahrizat juga berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan sama ada beliau terbabit atau tidak dalam keputusan kerajaan berhubung National Feedlot Corporation yang diterajui suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
Sumber Berita Harian
Tahniah dan syabas buat Kak Jat yang teah melakukan pekara yang sebenarnya amat sukar untuk dilakukan pihak lain terutama dikalangan pemimpin pembangkang. Benar dan tepat tindakan Kak Jat ini yang bercuti bagi memberikan laluan sepenuhnya kepada SPRM dalam menjalankan siasatan sama ada benar atau tidak Kak Jat terlibat dalam isu NFC sebagaimana yang dilaporkan oleh pembangkang.
Fitnah yang datang berbagai bagai sejak tercetusnya isu NFC ini membuatkan Kak Jat dilihat perosak kepada UMNO mahupun Barisan Nasional walhalkan Kak Jat tidak terlibat langsung dengan isu NFC ini.
Ini ketelusan Kak Jat sebagai Ketua Wanita UMNO yang mana tidak mungkin akan dilakukan oleh pihak pemimpin lain terutama dikalangan pakatan Pembangkang. Sebagai contoh Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan yang mana bermati matian mempertahankan menantunya yang disiasat SPRM waktu lalu.
Menantu Nik Aziz disiasat SPRM berhubung penyalahgunaan wang rakyat Kelantan dan juga tender projek. Nik Aziz yang menjadi Menteri Besar tidak langsung mengambil cuti bagi ketelusan SPRM menjalankan siasatan sebaliknya menekan pula SPRM dan juga kerajaan kononya kes menantunya adalah satu konspirasi politik.
Ini lah pembangkang bila kena pada mereka maka mereka akan kata semuanya adalah Konspirasi walhalkan hakikat yang sebenar memang mereka benar benar melakukan kesalahan.
Kes Teoh Beng Hock yang mati membunuh diri juga adalah berpunca dari kepimpinan DAP yang telah kantoi dengan skandal Rasuah projek sesama mereka dalam kerajan negeri Selangor. Teoh Beng Hock mempunyai dokumen dan merupakan saksi bagi kes tersebut namun demi menyelamatkan beberapa nama yang terlibat dalam skandal tersebut Teoh Beng Hock dijadikan korban dalam menyelamatkan DAP.
Tak pula kurang ceritanya dengan Nga Kor ming yang mana merupakan Adun dan Ahli Parlimen DAP di Perak. Dokumen jelas menunjukkan bahawa isteri beliau terlibat dalam projek tender yang diluluskan sesama mereka sewaktu mereka Pakata DAP, PAS, PKR mentadbir Perak.
Siasatan SPRM sedang berjalan waktu ini dan Nga Kor Ming tidak pula bercuti mahupun berkerjasama dengan SPRM. Sebaliknya beliau menuduh bahawa pendedahan dokumen yang melibatkan Tender isterinya adalah satu konspirasi jahat BN keatas beliau.
Bagimana kita kata Konspirasi jika dalam tender tersebut memang nama isterinya dan yang meluluskan nya juga adalah dikalangan mereka pemimpin Pakatan Pakatan itu sendiri?
Kes Curi Pasir di Selangor yang hangat diperkatakan juga turut melibatkan Abang kepada Khalid Ibrahim menteri besar Selangor. Dan apakah Khalid Ibrahim tidak campur tangan dalam soal tersebut?
Banyak lagi sebenarnya aksi aksi penyelewengan yang berlaku dikalangan pemimpin pembangkang. Apakah mereka mempunyai ketelusan dalam hal ini sebagaimana yang Kak Jat Ketua Wanita UMNO lakukan? Apakah ada yang sanggup melakukan pekara tersebut?
Ini lah UMNO yang telus dalam memberikan kebenaran buat rakyat Malaysia. Bukan sepertimana ANwar Ibrahim yang tidak telus sehingga apa sahaja yang menimpa beliau adalah satu konspirasi UMNO.
Pelik bila pembebasan Anwar Ibrahim tidak pula diulas oleh pemimpin Pembangkang bahawa KONSPIRASI UMNO lah yang membebaskan ANwar Ibrahim. Walhalkan sebelum ini tidak putus putus mereka menyatakan Kes liwat adalah satu Konspirasi UMNO walhalkan Air Mani ANwar Ibrahim didalam dubur Saiful Bukhari.
Tahniah dan Syabas buat Dato Seri Shahrizat Jalil Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga merangkap Ketua Wanita UMNO diatas hal ini. Seharusnya contoh sebeginilah yang perlu ada dikalangan pemimpin politik tidak kira dipihak Kerajaan mahupun Pembangkang.
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment