Nampaknya reward untuk mencari penjenayah yang mengebom di tempat letak kenderaan berhampiran mahkamah semakin meningkat. Insiden pemgeboman terbabit terjadi selepas mahkamah mengumumkan Anwar bebas dan ianya di rancang terlebih dahulu, sebelum keputusan mahkamah di ketahui.
Pelbagai pihak saling tuduh menuduh perkara ini. Namun hakikatnya sebenar, masih belum diketahui.
Demi untuk meningkatkan semangat, beberapa blogger Pro-BN memulakan langkah murni dengan bersama-sama mengumpul sedikit dana menaikkan jumlah tawaran yang dibuat oleh PDRM sebagai menghargai jasa PDRM menjaga keselamatan negara.
Setakat ini dalam pengetahuan Mc, rakan yang terlibat dalam memberi sumbangan adalah, Blogger Pena KSJ - RM50, Blogger Double Y - RM100, Blogger Bro Jinggo - RM100, Blogger Cucu Tok Selampit, - RM200, Blogger Keris7Lok - RM100, Tun Faisal - RM99. Juga terdapat beberapa blogger lain yang menambah sehingga jumlah menjadi RM13,499 telah berjaya dikumpul.
Disebabkan itu McTheory juga ingin turut serta menyumbang dengan menambah RM100 lagi, agar sesiapa yang ada maklumat terus kehadapan dan membantu demi keamanan sejagat di bumi bertuah Malaysia. Maka wang tersebut telah menjadi RM13,599.
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment