Siapa Papa Gomo sehingga dibawa naik Kapal Selam Scorpene? Apa kelebihan Papa Gomo sampai dia berjaya naik Kapal Selam tu? Papa Gomo mesti disiasat kerana takut menjual Rahsia Kapal Selam. Itu baru sedikit kata kata yang dilemparkan ke atas Papa Gomo dalam media baru dan juga media cetak milik Pakatan Pembangkang. Malah ada juga mulut mulut sumbang dari media Baru Pro BN yang bermulut longkang dalam hal ini.
Hari ini Gomo tampil menjawap KRONOLOGI bagaimana Papa Gomo menaiki Kapal Selam Scorpene yang dinamakan KD Tun Razak pada Jumaat lalu di Pulau Langkawi.
Umum mengetahui Kapal Selam Scorpene yang dinamakan KD Tun Razak telah dilabuhkan di LIMA Langkawi bagi tujuan pameran kepada orang ramai. Malah banyak Kapal Kapal dan alatan ketenteraan dipamerkan bagi memberi pengetahuan dan pemahaman kepada rakyat khusunya mereka yang menghadiri LIMA 2011 tempoh hari.
Kapal Selam Scorpene sepatutnya membawa Lim Guan Eng pada hari Sabtu namun Guan Eng yang mengada ngada meminta agar beliau dibawa menyelam pada hari Jumaat dan atas kerana karenah Guan Eng itu maka pihak TLDM terpaksa merelalisasikan apa yang diminta Guan Eng.
Gomo memang tidak mengetahui akan Kapal Selam Scorpene yang akan membawa Guan Eng pada hari Gomo sampai di Pulau Langkawi. Disebelah malam sewaktu majlis NAVY Night baru lah Gomo difahamkan yang pada Jumaat Kapal Selam Scorpene akan membawa Lim Guan Eng,Mansor dan Ramasamy dari pembangkang untuk menyelam bagi membuktikan akan keupayaan Kapal Selam Scorpene dan mematikan Fitnah mereka sebelum ini.
Petugas media yang mengikuti pelayaran dan selaman KD Tun Razak pula difahamkan Dua orang dari TV3, seorang dari BERNAMA dan seorang lagi dari Media Baru. Siapa dari Media baru itu? Ini penjelasannya.....
Wakil Blogger yang sepatutnya belayar dan menyelam pada hari Jumaat itu adalah Blogger Big Dog. Namun demikian masaalah utama ialah Big DOg berbadan besar iaitu lebih mudah jika kita katakan beliau adalah jenis kegemukan melampau.
Pihak TLDM bimbang jika terdapat sebarang masaalah dalam misi pelayaran dan selaman pada keesokkan hari kerana ruang dalaman KD Tun Razak yang sempit serta pintu utama yang kecil menyukarkan pihak TLDM dalam mengeluarkan Big Dog jika berlaku sebarang pekara yang tidak diingini.
Gomo waktu itu menawarkan diri untuk turut sama dalam pelayaran KD Tun Razak atas alasan wartawan TV3 dan juga Bernama tidak mampu melihat kunjungan Lim Guan Eng ke dalam Kapal Selam Scorpene dari angel Politik. Gomo menjelaskan kepada pihak TLDM bahawa dengan kehadiran Gomo didalam Kapal Selam Scorpene sedikit sebanyak Gomo dapat membantu TLDM dalam menyampaikan kebenaran buat rakyat Malaysia dan menafikan fitnah pakatan pembangkang terutama dari DAP sebelum ini.
Keputusan malam Khamis belum dicapai yang mana Gomo tidak lagi mengetahui sama ada dibenarkan ataupun tidak untuk turut sama dalam misi tersebut. Pada jam 1am Jumaat Gomo terima panggilan talifon dari Kapten yang menguruskan LIMA 2011 untuk Gomo bersedia di pelabuhan dengan memakai kasut Sport, Jeans dan juga T Shirt. Waktu yang perlu Gomo ada di Pelabuhan adalah jam 8.30 Pagi dan jika terlambat tidak ada peluang untuk Gomo menyertai misi Scorpene.
Terima kasih kepada rakan dari Langkawi Sameer Khan kerana meminjamkan kasut Sport nya yang bersaiz 8 1/2 walaupun Kaki Gomo bersaiz 9.
Jumaat itu Gomo telah sampai di Pelabuhan jam 8.30 pagi dan bersama sama dengan Gomo adalah para wartawan yang turut sama dalam misi selaman Scorpene dan juga para wartawan yang akan menaiki KD Hang Jebat bagi membuat liputan.
Gomo yang mewakili Media Baru yang juga satu satunya Blogger mengambil tempat dalam Kapal Selam Scorpene yang mana turut sama adalah wartawan TV3 dan juga dari Bernama. Tidak ada orang awam selain dari kami dalam Scorpene sewaktu belayar menuju ke laut dalam dalam misi membuat selaman.
Sepanjang 5 jam pelayaran bermacam macam penerangan dan demo yang ditunjukkan oleh anak anak Kapal KD Tun Razak yang diketuai Komander Baha. Banyak maklumat yang Gomo bersama para wartawan lain perolehi yang mana ada yang menjadi Rahsia diantara kami dan juga yang mampu dikongsikan bersama pembaca sepertimana yang Gomo keluarkan didalam artikel artikel sebelum ini.
Kehadiran Gomo didalam KD Tun Razak adalah RAHSIA sama sekali kerana Gomo tidak ingin Lim Guan Eng dan juga pembangkang mengetahui bahawa Blogger Papa Gomo turut berada didalam Kapal Selam Scorpene. Malah boleh Gomo katakan Menteri Zahid Hamidi juga tidak mengetahui akan kehadiran Gomo didalam Scorpene kerana yang memberikan kebenaran buat Gomo adalah pihak TLDM sendiri dan bukan Zahid Hamidi. Rakan rakan Blogger pro Kerajaan juga tidak Gomo maklumkan kerana apa yang Gomo lakukan adalah Misi Sulit yang mana amat penting sama sekali.
Setelah belayar 5 jam maka KD Tun Razak berhenti kira kira 50 batu dari pelabuhan untuk menanti ketibaan Lim Guan Eng, Mansor dan juga Ramasamy naik ke dalam Scorpene. Gomo waktu itu duduk didalam bilik rehat kerana tidak mahu keluar mengambil gambar akan Guan Eng dan yang lain turun dari pintu masuk Scorpene. Gomo menunggu Scorpene melakukan selaman kerana pada waktu itu barulah aksi Jakun Guan Eng dan 2 yang lain menjadi bukti kepada rakyat Malaysia.
Sebaik sahaja Guan Eng masuk ke dalam dek utama Gomo dengar Kapten Bahar memanggil "Blogger Move" sebanyak tiga kali perkataan itu disebut dan Gomo tampa berlengah dan bertanyakaan soalan terus mencapai Camera dan Bag untuk keluar dari Scorpene. Wartawan Bernama dan juga TV3 terpinga pinga apabila melihat Gomo diarahkan keluar dari Scorpene.
Kapten Bahar sempat mengucapkan terima kasih kepada Gomo sewaktu Gomo turun dari tangga Scorpene dan kemudianya Gomo menaiki Boat menuju ke KD Hang Jebat dimana para wartawan ditempatkan.
Sebaik sahaja sampai di KD Jebat Gomo yang sebenarnya masih terpinga pinga kerana diarahkan keluar telah didatangi oleh seorang pegawai TLDM yang menyatakan " Sabar Papa, arahan datang mengejut so kami terpaksa keluarkan awak." Gomo yang pada waktu itu agak murung kerana tidak menjangka akan dihalau dari KD Tun Razak hanya mengganguk sahaja dan menyatakan " Tidak mengapa kerana sudah belayar 5 jam atas KD Tun Razak".
Pegawai tersebut kemudiannya memberitahu Gomo bahawa Blogger Big Dog berada diatas KD Lekiu yang mana Big Dog datang bersama sama Guan Eng dalam satu Helikopter yang sama.
Namun demikian Gomo tetap tenang, dan apabila selesai selaman yang dibuat KD Tun Razak, KD Jebat belayar pulang ke Pelabuhan. Ketika menghampiri pelabuhan barulah Line talifon berfungsi dan pada waktu itu Gomo perolehi mesej dari seorang yang menyatakan:
"Lim Guan Eng enggan menaiki KD Tun Razak jika Papa Gomo tidak dikeluarkan"
Dalam hal ini maka jelaslah kepada Papa Gomo bahawa seseorang telah MEMBOCORKAN kehadiran Papa Gomo didalam Kapal Selam Scorpene kepada Lim Guan Eng sehingga memaksa Lim Guan Eng cuba menggugut untuk tidak naik Kapal Selam Scorpene jika Papa Gomo tidak dikeluarkan.
Sekarang ini pembangkang memainkan isu bagaimana Gomo dapat menaiki Kapal Selam Scorpene. Mereka sebenarnya nak menutup malu bahawa Guan Eng Takut pada Papa Gomo. Pembangkang tahu jika Papa Gomo bersama sama Guan Eng dalam Scorpene maka banyaklah tamparan yang mereka akan perolehi dalam membuktikan betapa Ghairah dan Jakun nya Ketua Menteri Pulau Pinang didalam KD Tun Razak.
Tidak ada salah untuk Gomo menaiki Kapal Selam Scorpene kerana turut sama dengan Gomo adalah wartawan TV3 dan juga Bernama. Tugas kami adalah membuat liputan untuk disampaikan kepada rakyat Malaysia. Harus diingat LIMA 2011 adalah pameran kepada rakyat dan Kapal Selam Scorpene juga adalah untuk pameran dan bukannya latihan Ketenteraan pada hari itu.
Pembangkang mempertikaikan kehadiran Papa Gomo dalam Scorpene, kenapa tidak pertikai juga Dua orang Wartawan TV3 dan juga seorang wartawan Bernama? Kerana Papa Gomo Blogger yang ditakuti Pembangkang maka serangan mesti dilakukan ke atas Papa Gomo?
Isu utama yang dimainkan Blogger pro Kerajaan BN pula ialah Gomo tidak sepatutnya menaiki Kapal Selam Scorpene. Tetapi sedikit pun mereka tidak pertikai apa KEISTIMEWAAN Big Dog yang dapat menaiki HELIKOPTER SUPERLINKS bersama sama dengan Lim Guan Eng.
Biasalah dalam hidup ini banyak musuh sama ada diluar ataupun dari dalam. Dalam misi Kapal Selam Scorpene ini Papa Gomo sebenanrya telah dianiaya oleh Blogger yang kononya pro Kerajaan tetapi sebaliknya menyalurkan maklumat kepada Guan Eng yang Gomo didalam Scorpene.
Sakit hati itu memang ada, perasaan Ralat tidak dapat menyelam juga ada tetapi ini adalah lumrah dalam tugas yang Gomo ceburi dan juga amanah yang Gomo pikul. Orang boleh bercakap apa yang mereka ingin katakan tetapi untuk melakukan apa yang Papa Gomo buat amat susah sama sekali. Rakan Blogger dari pro Kerajaan yang lama kenal dan tahu siapa Papa Gomo. tahu bagaimana KERING nya Hati Papa Gomo ini. Takut tidak pernah muncul sama sekali. Amanah dan tanggungjawap tak pernah Gomo abaikan.
Gomo mengucapkan Terima Kasih kepada pihak TLDM kerana memberi peluang untuk Papa Gomo belayar dalam KD Tun Razak. Sempatlah juga Gomo lelap mata 30 minit dalam kapal tu...he he he. Tak lupa juga Gomo dapat jumpa seorang Kru Kapal yang berasal dari tempat Gomo iaitu Kg Pasir JB dan juga senior diwaktu sekolah dulu yang juga Kru KD Tun Razak.
Apa pun Musuh Dari Dalam Lebih Merbahaya dari luar..... Terima Kasih Blogger Big Dog atas Pengkhianatan yang anda lakukan dalam menjadi Mulut Tempayan kepada Lim Guan Eng.
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment