Penggunaan internet memberi banyak kelebihan kepada masyarakat masa kini. Andainya digunakan kemudahan dengan sebaiknya ia boleh menjana pendapatan dengan cara mudah, ringkas dan cepat.
Jika lihat pada perkembangan dunia alam maya sekarang, pelbagai jenis produk dipasarkan melalui internet dari produk kecantikan hingga pakaian, kelengkapan rumah dan sebagainya sama ada yang berjenama atau mampu milik. Perniagaan atau perkhidmatan diperkenalkan di alam maya membuka peluang kepada wanita untuk menambah pendapatan selain dapat menumpukan perhatian kepada keluarga.
Jika lihat pada perkembangan dunia alam maya sekarang, pelbagai jenis produk dipasarkan melalui internet dari produk kecantikan hingga pakaian, kelengkapan rumah dan sebagainya sama ada yang berjenama atau mampu milik. Perniagaan atau perkhidmatan diperkenalkan di alam maya membuka peluang kepada wanita untuk menambah pendapatan selain dapat menumpukan perhatian kepada keluarga.
Menyokong hasrat wanita dalam dunia perniagaan dalam talian, Sohonista atau small office, home office (Soho) diperkenalkan.
Pengerusi Sohonista, Datuk Rosni Zahari, berkata kehadiran laman web perniagaan itu bukan saja membuka peluang wanita untuk mempromosikan perniagaan alam maya mereka secara percuma tetapi meningkatkan lagi kualiti produk atau perkhidmatan diketengahkan peniaga.
Rosni berkata, dengan adanya perjanjian kerjasama bersama Tabung Ekonomi Kumpulan Usahaniaga (TEKUN) Nasional, ia dapat terus membantu usahawan wanita yang berniaga dalam talian menerusi Internet menerusi pinjaman modal diperlukan.
"Modal berperanan penting untuk perkembangan perniagaan. Jadi, menerusi usaha sama ini, diharapkan Sohonista dapat menjadi penggerak untuk menyokong permohonan di antara usahawan," jelasnya ketika ditemui pada Tekun Nasional dan Sohonista, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Hadir sama, Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usahaniaga TEKUN Nasional, Datuk Hamidah Osman dan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional Datuk Abdul Rahim Hassan bersama tetamu lain.
Info Sohonista
- Adalah landasan penggerak bagi membantu usahawan dalam talian mempromosikan produk perniagaan di samping menyalurkan pendedahan ilmu perniagaan secara percuma kepada ahlinya.
- Ketika ini, laman web perniagaan itu sudah mencatatkan lebih 150,000 pengunjung dengan lebih 3,000 ahli.
- Sohonista dilihat sebagai payung hubungan perniagaan dalam talian dengan organisasi, pembekal, agensi kerajaan yang sedia memberikan bantuan.
- Laman web ini turut menyediakan rangkaian perniagaan, bengkel dan jalinan hubungan perniagaan untuk peniaga berkongsi ilmu di ruang niaga bazar dikendalikan dan segala-galanya dijalankan secara percuma untuk ahli berdaftar
- Uniknya, lama web perniagaan itu tidak meletakkan syarat dan cukup sekadar peniaga memiliki laman web atau blog sendiri serta terbuka kepada usahawan lelaki.
- Laman web: http://sohonista.my.
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment