Samsung Malaysia Electronics melancarkan telefon pintar siri paling popular terbarunya, Galaxy Note 3 LTE di pasaran Malaysia. Galaxy Note 3 ditawarkan pada harga permulaan RM2,399.
Produk ini akan mengukuhkan lagi kedudukan kumpulan itu dalam industri selain memacu Samsung dalam usahanya sebagai peneraju inovasi teknologi boleh di pakai.
Samsung Galaxy Note 3 menjadi bukti gergasi elektronik Korea Selatan itu dengan meletakkan satu standard baru dalam inovasi peranti mudah alih pengguna. Lagi update terbaru mengenai gajet kat sini.
Galaxy Note 3 diperkenalkan dengan ciri-ciri premium pada pelindung baterinya, skrin HD penuh super AMOLED berukuran 5.7 inci, kamera 13 megapiksel, RAM 3GB - terbesar dalam industri, kapasiti storan 32GB, slot microSD dan teknologi terkini LTE.
Produk baru daripada barisan Galaxy Note itu turut memiliki Samsung KNOX iaitu sistem perlindungan sekuriti dan privasi yang dipertingkat khusus bagi memenuhi keperluan enterpris dalam menyediakan ruang simpanan bagi maklumat sensitif perniagaan.
Jam pintar Galaxy Gear pula diperkenalkan sebagai aksesori terbaik telefon pintar khusus untuk Galaxy Note 3 dengan keupayaan memberi notis pendek bagi panggilan, e-mel dan teks yang masuk ke telefon pintar terbaru itu.
Selain itu, kemudahan itu juga berupaya digunakan untuk menjawab panggilan menerusi pembesar suara dan mikrofon pada jam, menggunakan arahan suara untuk mendapatkan maklumat daripada internet dan muat turun aplikasi.
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment