Bermacam-macam cara nak promosi secara unik. Berita ni dari kosmo dan berlaku di Kemboja di mana sebuha syarikat guna besi tempa untuk hias sebuah kereta ( gambar ) sebagai promosi produk mereka. Kita sebagai blogger kena ada idea kreatif jugak untuk promosi produk dan buat duit dari affiliatte supaya nampaknya hasilnya. Kalau dah buat satu-satu promosi dan takde hasilnya, cuba ubah gaya promosi tersebut dan monitor keberkesanannya. Jom layan berita dari Kemboja nih.
Kereta di hias dengan besi tempa ( kredit kosmo ) |
PHNOM PENH – Sebuah syarikat di Kemboja menggunakan besi tempa untuk menghias sebuah kereta miliknya.Dekorasi unik itu ditampilkan kepada orang ramai sempena Ekspo Hartanah Kemboja 2013 yang berlangsung di sini selama tiga hari bermula Selasa lalu.Keseluruhan rangka kereta tersebut termasuk bumbung dan pintu digantikan dengan besi tempa bercorak awan larat.
Festival berkenaan diadakan untuk mempromosi besi tempa yang diimport dari China, Thailand, Singapura dan Taiwan.
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment