LONDON - Penyanyi pop sensasi, Madonna berhasrat menjual sebuah lukisan abstrak karya pelukis Perancis, Fernand Leger yang bernilai AS$7 juta (RM21.6) juta.
Rancangan tersebut adalah untuk mengumpul dana projek pendidikan kaum wanita di beberapa buah negara termasuk Afghanistan dan Pakistan.
Madonna, 54, berkata, lukisan bertajuk Trois Femmes a la table rouge miliknya akan dilelong oleh firma Sotheby's di New York pada 7 Mei depan.
"Saya tidak dapat menerima kenyataan apabila wanita atau gadis yang ingin ke sekolah ditembak," kata Madonna dalam satu kenyataan berhubung sumbangan tersebut
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment