Home » » LAHAD DATU - 36 pengikut Azzimuddie Kiram di dakwa

LAHAD DATU - 36 pengikut Azzimuddie Kiram di dakwa

Tuke Tulih Admin pado Thursday, March 14, 2013 | 5:35 PM

Menurut laporan akhbar Philippine Daily Inquirer, De Lima berkata, 35 orang lelaki dan seorang wanita yang mendakwa sebagai anggota Tentera Kesultanan Sulu itu akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan tersebut.
 
MANILA - Seramai 36 orang pengikut ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram yang ditahan oleh Tentera Laut Filipina selepas melarikan diri dari Sabah pada pagi kelmarin akan didakwa kerana memiliki senjata haram, kata Setiausaha Kehakiman Leila de Lima semalam.
"Mereka boleh dikenakan tuduhan kerana memiliki senjata api dan senjata berbahaya," kata De Lima pada satu sidang media di Istana Malacanang.
Ketika mengulas kritikan yang mendakwa pemerintah bertindak menfailkan pertuduhan terhadap para pengikut itu dengan cepat berbanding membantah layanan tidak berperikemanusiaan oleh Malaysia terhadap warga Filipina, de Lima berkata: "Kumpulan itu telah melakukan tindakan menyalahi undang-undang dan perbuatan jenayah menyebabkan kita tidak boleh mengetepikan mereka."
Kelmarin, dua buah bot peronda Tentera Laut Filipina berjaya memintas dua bot yang membawa 36 pengikut Azzimuddie termasuk seorang wanita yang memasuki perairan Filipina dari Sabah.
Ketika pemeriksaan, kedua-dua bot itu didapati membawa sejumlah senjata api termasuk M16 dan senapang patah.
 
Salah seorang penumpang turut dilaporkan cedera.
De Lima berkata, semua penumpang memperkenalkan diri mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu.
Bot peronda tentera laut Filipina memintas sebuah bot yang membawa 18 orang penumpang termasuk seorang wanita di perairan Pulau Omapoy kira-kira pukul 6.35 pagi.
Kira-kira sejam selepas itu sebuah bot lagi yang membawa 18 penumpang dipintas di perairan Pulau Andulingan.
 
Mereka melarikan diri dari Sabah selepas berlaku pertempuran antara pasukan keselamatan dengan para pengikut Azzimuddie yang merupakan adik Jamalul Kiram III.
Pertempuran itu berlaku selepas para pengganas Sulu tersebut menceroboh Sabah pada 12 Februari lalu dengan alasan untuk menuntut tanah nenek moyang Kesultanan Sulu.
Namun, Azzimuddie bukan antara yang ditahan.
Menurut De Lima, beliau tidak tahu sama ada pegawai penyiasat memperoleh sebarang maklumat mengenai kedudukan Azzimuddie.
 
"Daripada semua petunjuk itu, mereka kemungkinan adalah saki-baki pengikut ke Sabah dan selepas diserang pasukan keselamatan Malaysia mereka pulang ke sini," katanya.
Kesemua mereka kini ditempatkan di sebuah kem tentera laut di bandar Panglima Sugala di Tawi-Tawi dan disoal siasat oleh para pegawai Biro Siasatan Kebangsaan dan polis

Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger