Home » » Adidas vs Nike

Adidas vs Nike

Tuke Tulih Admin pado Monday, March 11, 2013 | 10:46 PM

Frankfurt: Adidas AG bertekad mengukuhkan kedudukannya yang kini berada di tempat keenam dalam pasaran kasut larian di Amerika Syarikat (AS) iaitu dengan mengatasi pesaingnya yang juga peneraju segmen berkenaan di negara itu, Nike Inc.

Tekad itu bertepatan dengan motto syarikat itu yang selalu digunakannya untuk memberi galakan kepada atlit, tiada yang mustahil.
Dengan mempertaruhkan kasut Energy Boost baru yang membolehkan pengguna melonjak lebih tinggi dengan menggunakan lebih sedikit tenaga, Adidas berhasrat memenangi pasaran industri yang bernilai AS$15 bilion (RM46.65 bilion) serta meningkatkan jualannya di AS, iaitu pasaran terbesar kasut larian yang sukar dikuasainya sejak beberapa tahun lalu.


Pengeluar produk sukan itu sangat yakin dengan teknologi revolusi tapak kasut Boost sehingga ia berikrar untuk menjual sejuta pasang kasut berkenaan tahun ini.

Ikrar jual banyak but bola

Dalam tempoh lima tahun, ia menyasar mengatasi Nike, syarikat mengasaskan kasut larian itu di negara sendiri.

Ikrar itu sama seperti jika Nike berazam untuk menjual lebih banyak but bola sepak di Jerman, di mana Adidas menguasai sukan itu dengan menaja pasukan kebangsaannya serta kelab Bayern Munich.
Sasaran itu terlalu sukar dicapai, kata penganalisis firma penyelidikan pasaran SportsOneSource, Matt Powell.

Daripada semua kategori kasut, inilah yang paling banyak pesaingnya. Sangat sukar mendapatkan bahagian besar perniagaan daripada Nike.

Meskipun Adidas yang juga jenama bola sepak terbesar dunia menjual kasut larian selama berpuluh tahun, ia masih gagal memenangi perhatian rakyat AS dengan kasut keluarannya apabila sesetengah pengkritik menganggapnya agak sempit dan kekok berbanding produk Nike.

Perbezaan besar antara dua syarikat itu adalah pasaran AS, kata Ketua Eksekutif Adidas, Herbert Hainer kepada Bloomberg Television minggu lalu.
Di seluruh dunia, katanya persaingannya adalah setara.

Walaupun Adidas adalah pengeluar kedua terbesar kasut sukan dunia selepas Nike, jenama utamanya hanya mewakili 4.4 peratus pasaran kasut larian di AS menurut SportsOneSource.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger