KUALA LUMPUR 13 Mac - Pelakon Sidek Hussain, 62, bakal menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di wajahnya di Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh, Selangor pada 4 April ini.
Menurut pelakon tersebut, dia bersedia untuk membuang ketumbuhan yang sudah bertapak di wajahnya sejak berusia 20 tahun lagi.
Kata pelakon filem Toyol itu, dia terbuka hati untuk menjalani pembedahan selepas mendapat kata-kata semangat daripada seorang kenamaan melalui pembantu peribadinya.
"Saya didatangi pembantu peribadi kerabat diraja Pahang dan dia beritahu, kerabat berkenaan tanya kenapa saya tidak menjalani pembedahan. Dia bertanya begitu selepas melihat wajah saya di televisyen.
"Dari situ saya tergerak hati untuk buat pembedahan dan selepas bertemu dengan doktor pakar di Fakulti Perubatan UiTM yang berhampiran rumah, saya yakin dengan penerangan dan kebolehan kumpulan doktor di situ," katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.
Menurut Sidek, pembedahannya yang bakal diadakan pada 4 April depan, pukul 8 pagi itu kelak akan dilakukan oleh Prof. Datuk Dr. Ahmad Ridzuan Arshad.
Katanya, sebagai persiapan untuk pembedahan tersebut, dia juga telah mendapat penerangan daripada pakar bius hospital berkenaan.
"Saya akan masuk hospital pada 2 April sebelum pembedahan pada 4 April. Doktor cakap selepas pembedahan, saya akan ditempatkan di unit rawatan rapi sebelum berada di wad biasa.
"Saya berdoa agar pembedahan ini berjalan lancar dan anggaran kos pembedahan belum pasti berapa," katanya.
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment