IPOH - Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah menggesa kajian semula mengenai kemiskinan dilakukan lebih kerap agar negara tidak leka dengan pencapaian tidak tepat berikutan kadar inflasi serta kos hidup meningkat pada tahap lebih cepat.
Baginda mengingatkan pihak tertentu supaya tidak berlalu gembira dengan pencapaian secara angka antara mereka yang berada di atas atau di bawah garis kemiskinan kerana masalah itu masih merupakan masalah besar dan kompleks.
"Menetapkan gaji minimum atau meningkatkan tangga gaji, kelihatan seimbas pandang dapat menambahkan pendapatan kepada kumpulan sasar tertentu namun ia
tidak berhenti di situ sahaja.
"Majikan yang pada hari ini terpaksa menanggung kos pengeluaran yang sudah meningkat dari segi kos buruh, akan mengimbangkan kembali kos pengeluaran dengan meletakkan harga yang lebih tinggi kepada produk dan perkhidmatan yang dihasilkan. Ini adalah prinsip ekonomi yang tersangat asas," titah baginda pada Persidangan ke-182 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini hari ini.
Raja Nazrin Shah bertitah gaji atau imbuhan yang disaingi harga barangan dan perkhidmatan yang lebih tinggi akan menambahkan beban kepada rakyat terutama golongan yang tidak berpendapatan secara bergaji.
"Akhirnya berlaku keadaan yang usul balik ke asal, warga berada dalam situasi bagaikan cuba menangkap kabus yang tidak pernah dapat diperoleh, dan kemiskinan pada hakikatnya masih belum dapat diatasi dalam erti kata sebenar dan bermakna.
"Masalah sosial terus berlaku, dan negara bangsa terpaksa menanggung dengan harga lebih tinggi. Justeru itu usaha membasmi kemiskinan perlu ditangani melalui formula yang lebih mantap lagi lestari," titah baginda.
Raja Nazrin Shah bertitah selain faktor kemiskinan, tahap penghayatan agama yang rendah dan persekitaran kehidupan juga mendorong kepada penyakit sosial yang semakin merebak.
Titah baginda, 'vakum' atau ruang kosong dalam penghayatan agama berlaku di sebalik diwajibkan pengajian agama Islam kepada setiap pelajar, pembekalan puluhan ribu guru agama bertauliah di peringkat Tabika hingga ke sekolah menengah, kolej dan pusat pengajian tinggi oleh kerajaan selain kelas, kuliah dan tazkirah agama dilakukan saban waktu.
"Di sebalik segala yang dilaksanakan, mengapa masih berlaku 'vakum' penghayatan agama di kalangan sebahagian ummah, dan mengapa pula 'vakum' itu lebih berlaku di kalangan keluarga miskin. Apakah keberkesanan atau kegagalan dari segi program agama yang dianjurkan," titah baginda.
Baginda turut membangkitkan persoalan sejauh mana anggota jawatankuasa masjid merenung masalah sosial secara mendalam dan melakukan sesuatu penerapan yang berkesan sekali gus memakmurkan masjid dengan program yang lebih dapat menarik minat golongan muda dan remaja.
"Malah menjadi cerita lebih sedih, jika di kalangan mereka yang telah ditauliahkan dengan amanah untuk memakmurkan masjid, turut jarang menghadirkan diri di masjid untuk mempamerkan teladan yang baik kepada kariah," titah baginda.
Raja Nazrin Shah bertitah persekitaran kehidupan wajib dijadikan syarat dalam membangunkan projek perumahan untuk kumpulan berpendapatan rendah kerana tempat kediaman yang disediakan adalah untuk manusia bukan untuk burung merpati.
Mereka mempunyai keluarga dan anak-anak dalam pelbagai peringkat usia serta tidak mampu untuk menjadi anggota mana-mana kelab rekreasi atau sukan bagi membolehkan anak-anak mereka beriadah dan bersosial, titah baginda.
"Melaksanakan keadilan bermula dari perkara seasas ini. Ketidakadilan akan menjadi amat ketara, apabila jurang menjadi terlalu jauh antara kemudahan yang terdapat bagi kawasan perumahan untuk kumpulan atasan berbanding kemudahan asas yang disediakan bagi kumpulan berpendapatan rendah.
"Rakyat berpendapatan rendah tidak meminta disediakan padang golf dalam kawasan perumahan mereka, tetapi mereka sedia gembira dan bersyukur jika ada gelanggang sepak takraw, futsal, bola keranjang dan bola jaring, tempat anak-anak mereka boleh melakukan aktiviti sosial secara sihat.
Slogan berjiwa rakyat hendaklah dinafaskan dengan perasaan lebih membela dan lebih memberikan perhatian kepada golongan miskin dan rakyat bawahan," titah baginda.

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment