KUALA BERANG: Seorang perompak sempat menawarkan diri membancuh susu sebaik mendengar seorang mangsanya yang juga kanak- kanak berusia dua tahun menangis.
Dia berbuat demikian ketika sedang merompak sebuah rumah bersama dua rakannya di Kampung Durian Kasim, Ajil, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 3 pagi itu, rumah milik Encik Mustafa Khatib Mohamad, 67 tahun, yang tinggal bersama lapan anggota keluarganya dimasuki tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau melalui tingkap belakang di bahagian dapur.
Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM15,000 ($5,987.03) apabila wang tunai, barang kemas dan beberapa telefon bimbit mereka dilarikan perompak.
Mangsa, Cik Wan Habibah Wan Ismail, 31 tahun, berkata ketika kejadian, suaminya, Mohd Nasrudin Mustafa, 34 tahun, menidurkan anak mereka, Mohd Rayyan Zikri, dua tahun, yang menangis sebelum bilik tidur mereka diserbu perompak.
"Suami diarah menunjukkan bilik tidur mertua dan beliau terpaksa akur kerana ada mereka yang memegang pisau, manakala saya dibawa ke bilik tidur adik ipar, Mohd Nurul Hadi.
"Penyamun kemudian kumpulkan kami sekeluarga di bilik Mohd Nurul sebelum geledah rumah untuk mencari barang berharga," katanya.
Tambahnya, ketika itu, anaknya, Mohd Rayyan mula menangis dan seorang perompak menawarkan diri membuatkan susu untuk anaknya itu.
Tetapi Cik Wan Habibah menolak dan sebaliknya meminta ikatannya dilepaskan dan kebenaran membancuh susu anaknya sendiri.
Katanya, perompak melarikan diri setelah sejam menggeledah rumah mereka
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment