KUALA LUMPUR 1 Feb. - Pengacara dan penghibur serba boleh, Aznil Nawawi, 51, kini telah bergelar Datuk.
Gelaran tersebut dianugerahkan bersempena Hari Wilayah Persekutuan yang disambut hari ini.
Aznil dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk bersama 40 individu lain seperti Duta Khas ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu dan juga Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Istiadat penganugerahan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara, Jalan Duta.
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment