TATKALA majlis kejutan hari jadi ini diadakan di Fullhouse, Sunway Giza, Kota Damansara, pada Khamis yang lalu, ia diatur tiga hari lebih awal daripada tarikh sebenar ulang tahunnya iaitu 10 Februari. Disebabkan itu, tiada satu pun pembayang mampu dihidu pengacara dan aktres jelita, Noor Neelofa Mohd Noor (Lofa), 24, sekali gus mematahkan perancangan rahsia yang diatur pengurusnya, Shawn Amer.
"Saya memang tahu saya ada majlis Petronas yang perlu saya hadiri malam ini apabila Amer memaklumkannya sejak dua minggu lalu. Memandang sekitar Januari lalu, ada dua acara mereka saya terbabit sebagai tetamu undangan.
"Ketika Amer maklumkan hal ini, saya tanya juga kepada dia adakah Petronas nak panggil saya lagi? Tetapi kerana saya suka bekerjasama dengan pihak Petronas saya bersetuju untuk hadir. Sebaik sampai di restoran ini, saya tertanya kenapa gelap.
"Ketika Amer maklumkan hal ini, saya tanya juga kepada dia adakah Petronas nak panggil saya lagi? Tetapi kerana saya suka bekerjasama dengan pihak Petronas saya bersetuju untuk hadir. Sebaik sampai di restoran ini, saya tertanya kenapa gelap.
"Terdetik dalam hati mungkin pihak Petronas yang buat kejutan, tetapi selepas lampu dibuka saya nampak wajah ibu dan adik-beradik saya, teman media dan peminat, saya dah tahu dah ini mesti kerja si Amer.
"Saya memang tak jangka langsung dan sangat terkejut. Rasanya ini adalah majlis kejutan hari jadi yang begitu semuanya teratur, saya dapat hadiah yang 'best; dan semua orang yang rapat di hati saya pun ada di sini. Ia majlis kejutan hari jadi paling seronok," katanya.
Di usia 24 tahun, Lofa melihat dirinya semakin stabil bagaimanapun bukan dari segi segi kewangan sebaliknya mental dan fizikal di mana dia kini lebih tenang menghadapi segala kontroversi yang mana dulu, dia kurang matang berhadapan dengan situasi demikian.
"Sekarang saya pergi kerja dengan keadaan yang 'relax'. Saya begitu 'enjoy' mengacarakan program Nona dan Meletop. Dua program yang berlainan kandungan dengan kepuasan yang berbeza," katanya.
Pertanyaan bagaikan tidak lengkap jika tidak bertanya apakah yang diharapkan sempena merayakan usia 24 tahun? Gadis berkulit mulus kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu berkata, dia mahu melihat kerjaya seni dan perniagaannya berjalan seiring.
Selain berlakon, Lofa ingin mengembangkan perniagaan produk penjagaan kesihatan, Bellavita. Sejak mengusahakannya tahun lalu, Lofa melaburkan wang yang banyak untuknya.
"Saya jual kereta saya dan kakak saya pula menjual rumahnya. Ini kerana strategi pengiklanan, pemasaran dan promosi produk ini membabitkan modal yang besar. Slot enam minit untuk Wanita Hari Ini saja bernilai RM35,000 dan melanggan slot itu selama enam bulan.
"Saya juga membuat pinjaman dengan MARDI, bagi membolehkan saya bergerak secara pantas.
"Dalam pada menguruskan perniagaan, dua kontrak filem sudah pun ditandatangani iaitu Pilot Cafe arahan Osman Ali dan Gangster Superstar karya Kabir Bhatia. Malah, saya akan terbabit dalam penggambaran drama bersiri Azura tidak lama lagi.
"Tahun ini juga sekiranya berjalan lancar saya ingin menyambung semula pengajian dan menamatkan semester akhir Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan Pemasaran Antarabangsa di Kolej Sunway," katanya.
Status dengan Hans Isaac
Juara Dewi Remaja 2010 itu, nyata mengharapkan bimbingan dua pengarah besar itu mampu membantu kerjaya lakonannya menyinar, sekali gus menafikan segala kritikan yang pernah dilemparkan kepadanya sebelum ini.
"Pelakon asal untuk watak Sharmila ini adalah Maya Karin. Walaupun saya pilihan kedua namun melihatkan watak yang ditawarkan saya terasa ingin mencuba apatah lagi dapat bekerjasama dengan Osman Ali. Sharmila di dalam cerita ini ada anak luar nikah dan dia melalui karma di atas perbuatan lampaunya.
"Watak ini berat dan saya sendiri masih lagi cuba mendalami kisah Sharmila selepas seorang peminat saya menghadiahkan saya novel Pilot Cafe untuk dijadikan rujukan. Sebelum penggambaran, semua pelakon akan memasuki kelas bimbingan dipimpin Ellie Suriaty dan saya berharap saya dapat menimba seberapa banyak ilmu nanti," katanya.
Sementara itu, Lofa turut diminta mengulas mengenai kenyataan ibunya yang sering berdoa agar dia dipertemukan dengan lelaki yang soleh.
Justeru itu, adakah dia merasakan lelaki yang sedang berhubungan dengannya siapa lagi kalau bukan pelakon dan produser, Hans Isaac, mempunyai ciri-ciri yang diharapkan ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed.
"Bercakap pasal iman ini sangat subjektif. Jika Tuhan bukakan hati seseorang itu dan hendak beri hidayah ia boleh berlaku sekelip mata saja. Kadang orang yang bukan Islam itu apabila mereka memeluk Islam, mereka lebih mendalami Islam daripada yang dilahirkan Muslim.
"Beginilah, saya percaya pada jodoh. Kalau jodoh saya dengan dia tetap dengan dia dan jika ditakdirkan dengan orang lain, dengan orang lainlah saya kahwin," ujarnya.
Berdamai dengan Tasha
SEDANG rancak berbual, Lofa yang dicalonkan menerusi tiga kategori Pelakon filem Wanita Popular, Pelakon TV Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 yang berlangsung April nanti, enggan peminat mengundinya menerusi dua kategori Pelakon Filem/TV Wanita Popular kerana berasakan dirinya tidak layak.
"Kalau ada harapan pun hanyalah untuk kategori pengacaraan manakala dua lagi saya mahu peminat memilih mereka yang lebih layak," katanya.
Pada temubual yang sama, dia juga memaklumkan dia dan pelakon cantik, Tasha Shila sudah berdamai dalam satu pertemuan yang berlaku dua hari sebelum majlis kejutan hari jadi itu diadakan.
"Saya sangat gembira kelmarin iaitu pada Selesa kerana saya bertemu Tasha Shila yang turut diundang sebagai tetamu program Wanita Hari Ini. Kami bertegur sapa dan usai program berkenaan kami saling mengucapkan 'good luck' pada diri masing. Dia juga sempat mengucapkan 'good luck' untuk saya di ABPBH2012 nanti.
"Saya sangat menghormati Tasha kerana dia seorang yang profesional dan nampak sangat bukan jenis pendendam. Malah, saya berkali-kali meminta maaf di atas komen yang pernah saya luahkan selepas ABPBH2011 yang lalu dan nampak dia seperti boleh terima. Ini adalah pengajaran berguna untuk saya," katanya.
Sementara itu, ketika diusik oleh teman media adakah selepas ini dia mahu mengambil pendekatan yang sama iaitu berdamai dengan pelakon jelita, Fazura, Lofa berkata, jika diminta menggandingkan mereka dalam satu drama atau filem sekalipun dia tidak kisah.
"Kalau ada cerita boleh berlakon dengan dia, saya mahu. Serius ini bukan propa saya hendak cuba dan hendak lihat bagaimana kerjasama kami di set," katanya.
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment